Utusan Borneo (Sabah)

Menjahit kerjaya lumayan

Biar pun rezeki bermusim

- Oleh NURUL ATIKAH ARIS (Pelatih UMS)

SEMUDAH

goyang kaki dan tangan, namun memerlukan kemahiran dan kesungguha­n yang tinggi. Musim perayaan adalah peluang dan keberuntun­gan besar bagi semua tukang jahit, pereka fesyen dan juga pengusaha kedai jahitan.

Manakan tidak, sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri mahupun Aidiladha sinonim dengan kelengkapa­n baharu dan bergaya. Semua orang berpusu-pusu untuk membeli dan tidak ketinggala­n juga bagi mereka yang gemarkan rekaan sendiri untuk diperagaka­n di pagi raya.

Perniagaan yang dihujani masyarakat yang menghantar kain mereka menjelang perayaan tidak lain adalah kedai jahitan. Tidak kiralah individu ataupun kedai terkenal. Mereka akan menghantar kain mereka untuk dijahit sesuai permintaan seawal yang boleh bagi mengelakka­n kesesakan dan kelewatan tempahan di kedai jahitan.

Segelintir pengusaha kedai jahit yang mengambil upah menjahit baju ini, mereka hanya menerima tempahan mengikut keupayaan mereka selain untuk mengekalka­n kualiti jahitan.

Keriuhan ini dapat kita saksikan menjelang raya. Bukan sahaja pasaraya menjadi tumpuan malahan kedai jahit juga adalah salah satu tempat kunjungan wajib bagi melengkapk­an sambutan raya yang lebih meriah.

Bagi mengukuhka­n kenyataan ini, saya sempat mengunjung­i sebuah kedai jahit di ibu kota yang terletak di 1Borneo Kota Kinabalu iaitu kedai ZAARA yang dimiliki oleh Jay Saiman, 44 tahun.

Beliau yang berasal dari Kampung Gudon Kota Kinabalu sempat berkongsi pengalaman beliau yang telah berkecimpu­ng dalam perniagaan ini sudah hampir 22 tahun. Beliau mula menjahit dari umur 17 tahun atas dasar minat dan menjadi salah seorang pekerja di sebuah kedai jahit.

Dengan pengalaman yang dimiliki, beliau nekad untuk membuka perusahaan sendiri yang telah bertahan selama lima tahun hari ini. Kini beliau memiliki seramai 13 pekerja yang menjahit bagi memenuhi tempahan.

“Kami menerima hampir 300 lebih pasang setiap kali perayaan. Kami tidak akan mengambil tempahan terlalu banyak bagi menjaga kualiti dan hasil jahitan kami. Kami sangat mementingk­an kekemasan untuk menjaga nama perniagaan kami.”

Tambah beliau lagi, “kami memiliki pelanggan tetap sendiri yang akan menghantar kain mereka untuk dijahit disini kerana mereka percaya kepada baju yang kami hasilkan.”

Meskipun permintaan bermusim, seorang peniaga yang mempunyai wawasan yang jelas, Jay Saiman atau dikenali sebagai Zack menyediaka­n perancanga­n jangka panjang untuk memastikan perniagaan beliau terus berkembang. Pada bulan lain selain Hari Raya, mereka juga mengambil upah menjahit uniform.

Apa sahaja permintaan yang disampaika­n oleh pelanggann­ya, beliau memberi komitmen yang tinggi bagi memenuhi kepuasan pelanggan. Perniagaan yang sangat menguntung­kan ini mengambil upah baju dengan harga yang sangat murah pada hari ini iaitu RM120 hingga mencecah ke RM200 mengikut rekaan.

Hamilita Rajik, 26, juga seorang tukang jahit yang menjahit sendiri di sebuah kedai kecil.

“Pada mulanya saya menjahit kerana minat dan saya rasa ia pekerjaan yang mudah dan menguntung­kan. Hanya memerlukan kemahiran dan mesin jahit tetapi mendapat pulangan hingga mencecah ratusan ringgit,” katanya.

Beliau yang telah menjahit selama 12 tahun ini memberitah­u setiap kali perayaan dia akan menetapkan hanya 150 pasang tempahan sahaja kerana kekangan masa selain daripada menjaga kualiti.

Menjahit baju bukan sahaja memerlukan kemahiran tetapi juga memerlukan kesabaran yang tinggi. Mereka selalunya akan mengorbank­an masa tidur mereka hanya untuk menyiapkan tempahan. Mereka akan bertungus lumus mencapai tahap kepuasan pelanggan.

Menurut Hamisah Iskandar, 42, “Kita perlu

membina kepercayaa­n pelanggan supaya mereka tidak akan pergi kepada tukang jahit lain. Kita perlu menyiapkan kain mereka dengan kemas dan cantik.”

“Apabila pelanggan menghantar kain mereka kepada kita itu maknanya mereka mempercaya­i kita. Maka kita harus menyiapkan tempahan mereka mengikut rekaan dan kemahuan mereka. Ia salah satu cara untuk ita menjaga nama kita sebagi tukang jahit,” tambahnya.

Meskipun hari ini banyak perniagaan yang menyediaka­n baju siap untuk pelanggan, namun ia sukar untuk dipadankan bersama keluarga. Oleh itu, mereka memilih untuk membeli kain pasang secara pukal untuk dijahit mengikut kepuasan sendiri.

Apapun pekerjaan yang kita lakukan hari ini, tidak ada satu perniagaan­pun yang merugikan. Semuanya menuntut kesungguha­n dan usaha untuk individu untuk terus kekal di landasan.

“Kami menerima hampir 300 lebih pasang setiap kali perayaan. Kami tidak akan mengambil tempahan terlalu banyak bagi menjaga kualiti dan hasil jahitan kami. Kami sangat mementingk­an kekemasan untuk menjaga nama perniagaan kami. ”

JAY SAIMAN Pemilik kedai jahitan ZAARA

 ??  ?? RUANG menjahit di ZAARA yang menyimpan semua mesin dan kelengkapa­n menjahit. HAMILITA JAY ZAARA kedai jahit yang menerima tempahan baju lelaki dan perempuan. KEDAI jahit mini di kawasan pusat beli-belah.
RUANG menjahit di ZAARA yang menyimpan semua mesin dan kelengkapa­n menjahit. HAMILITA JAY ZAARA kedai jahit yang menerima tempahan baju lelaki dan perempuan. KEDAI jahit mini di kawasan pusat beli-belah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia