Utusan Borneo (Sabah)

Helikopter dikerah hari ketiga SAR nelayan Miri

Masih tiada perkembang­an positif atau petunjuk mengenai lokasi pada hari ketiga operasi

-

MIRI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) nelayan Ebrahim Yaman, 59, yang masuk hari ketiga masih belum menemui sebarang petunjuk keberadaan mangsa.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Maritim Miri Komander Maritim Salehuddin Zakaria berkata, operasi hari ketiga turut menggunaka­n aset helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Pencarian hari ini (Khamis) masih tiada perkembang­an positif atau tanda-tanda petunjuk lokasi mangsa walaupun pencarian telah dibuat menggunaka­n khidmat helikopter bomba,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo lewat petang pada Khamis.

Sementara itu Salehuddin

“Pengesahan mengenai seluar hitam yang ditemui petang semalam(Rabu) bukan milik mangsa dibuat melalui pengecaman oleh waris mangsa”

KOMANDER MARITIM SALEHUDDIN ZAKARIA Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Maritim Miri berkata, penemuan sehelai seluar hitam oleh pasukan SAR petang kelmarin disahkan bukan milik mangsa.

“Pengesahan mengenai seluar hitam yang ditemui petang semalam(Rabu) bukan milik mangsa dibuat melalui pengecaman oleh waris mangsa,” katanya.

Maklumat dari pihak bomba berkata, SAR hari ketiga bermula pada jam 8 pagi dengan teknik pencarian menggunaka­n kaedah ‘water surface searching ‘dan pencarian di sekitar tepi pantai yang meliputi radius pencarian seluas 12 kilometer.

Selain JBPM, agensi lain yang turut sama dalam SAR ini ialah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta turut dibantu oleh nelayan tempatan.

Ebrahim dilaporkan hilang dikhuatiri terjatuh di laut selepas bot yang digunakan beliau untuk ‘merawai’ ditemui terdampar di pantai Kuala Niah Selasa lalu.

 ??  ?? KAMPUNG yang turut sama dengan pihak berkuasa untuk mencari Ebrahim.
KAMPUNG yang turut sama dengan pihak berkuasa untuk mencari Ebrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia