Utusan Borneo (Sabah)

Semangat Hari Sarawak turut dirasai di Labuan

-

SEMANGAT dan kemeriahan Hari Kemerdekaa­n Sarawak turut dirasai oleh komuniti etnik negeri itu di pulau ini menerusi Program Jom Berambeh Bersama Anak Sarawak Di Labuan anjuran Muafakat Komuniti Malaysiaku Zon 14.

Pemangku Pengerusin­ya, Anna Jessi, berkata penganjura­n julung kali itu diisi pelbagai acara, antaranya nyanyian lagu Ibu Pertiwiku, sukaneka, sesi suai kenal dan cabutan tiket bertuah.

“Seramai 250 anak Sarawak dari pelbagai suku kaum dan etnik yang bekerja serta menetap di Labuan berjaya dihimpunka­n dalam program yang kita anjurkan sempena Sambutan Hari Sarawak 2018.

“Program ini juga bertujuan memupuk semangat perpaduan dan mengeratka­n silaturahi­m dikalangan anak Sarawak yang ada di pulau bebas cukai ini,” katanya semasa program itu.

Beliau turut berkongsi rasa bangga dan melahirkan rasa kesyukuran menjadi rakyat Negeri Sarawak.

“Negeri Sarawak adalah salah satu negeri contoh di Malaysia yg didiami oleh perlbagai suku kaum dan etnik, namun hidup aman makmur harmoni dan penuh perpaduan walaupun berbeza kaum, agama dan ideologi politik,” katanya.

Beliau turut berharap program seperti itu terus dijalankan dan mendapat sambutan dari anak-anak Sarawak yang menetap di Labuan.

“Semoga acara seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan dan semoga anak-anak Sarawak akan terus eratkan lagi perpaduan dikalangan antara satu dan yang lain, bersatu hati demi masa depan negeri yang tercinta,” katanya.

 ??  ?? ANNA JESSI
ANNA JESSI
 ??  ?? PENYAMPAIA­N hadiah kepada pemenang acara sukaneka pada program itu.
PENYAMPAIA­N hadiah kepada pemenang acara sukaneka pada program itu.
 ??  ?? SEMUA tetamu pada program itu bergambar kenangan.
SEMUA tetamu pada program itu bergambar kenangan.
 ??  ?? ANTARA tetamu yang hadir memeriahka­n program.
ANTARA tetamu yang hadir memeriahka­n program.
 ??  ?? ACARA sukaneka untuk kanak-kanak.
ACARA sukaneka untuk kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia