Utusan Borneo (Sabah)

Amri Ginang: Fotografi bukan sekadar gambar

-

DALAM dunia fotografi, nama AMRI GINANG adalah satu nama yang sangat terkenal di peringkat antarabang­sa. Berpengala­man selama 35 tahun dalam bidang fotografi,Amri sudah melanglang hingga ke 84 negara di dunia. Dikenali ramai sebagai ahli fotografi dalam bidang komersil dan potret paling berpengaru­h di Malaysia. Foto-fotonya diterbitka­n di peringkat antarabang­sa. Beliau menyumbang kepada kejayaan syarikat besar membuat imej untuk jenama seperti Isetan (Jepun)Kose, H&M, IKEA,Crown Plaza Hotels, Tourism Malaysia, Petronas,MIDA, Shangri-La, Chanel, Estee Lauder, Lancome, Unilever,Celcom, Berita Publishing, Utusan Malaysia Publishing, Putrajaya Holdiings, Malaysia Airlines, Emirates Airlines, Chitralada Thailand, Amari Group of Hotels, HP Internatio­nal, LCC Properties, dan lain-lain. Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN berpeluang untuk mewawancar­a beliau di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Ikuti petikan temubual bersama beliau.

UTUSAN BORNEO (UB): Boleh berikan sedikit latar belakang untuk pembaca? AMRI GINANG (AG): Saya Amri Ginang. Saya bangsa Bugis Bajau.Lahir di Semporna. Saya anak ke lapan dari sembilan adik beradik.

Ayah saya Mohd Ginang bin Musa manakala ibu Hajijah binti Imam Mahmud.Imam Mahmud adalah imam Bugis pertama di Semporna.

Anak saya enam orang, tiga lelaki tiga perempuan dari isteri berbangsa Inggeris dan Swedia. Anak sulung saya, Emil sekarang banyak membantu saya dalam fotografi komersial.

UB: Di mana tuan mendapat pendidikan awal?

AG: Saya mendapat pendidikan awal di Government Primary School (GPS) Semporna. Kemudian saya melanjutka­n sekolah menengah di St Patrick School, Tawau.

Selepas tamat Form 5, saya melanjutka­n pelajaran di United Kingdom. Saya mengambil A Level di Cambridges­hire dan kemudian melanjutka­n pelajaran dalam bidang seni di Isle of Ely College Wisbech, Cambridges­hire, St Martin London.

UB: Kebanyakan ibu bapa masa itu menghantar anaknya ke England untuk belajar dalam bidang undang-undang atau kejurutera­an. Tapi tuan memilih bidang seni. Apakah memang sejak awal tuan minat dalam bidang seni?

AG: Saya memang mahu jadi pelukis.Tiada niat jadi lawyer (peguam). Seni sudah lama di jiwa saya.

UB: Bagaimana tuan terlibat dalam seni sewaktu di London?

AG:Sewaktu mula-mula tiba ke London untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat A Level di Cambridges­hire selepas Form Five di St Patrick Tawau, saya dibawa melawat ke sebuah galeri seni lukis di kota London. Waktu itu umur saya baru 17 tahun

Pelajar dari Sabah masuk galeri di sebuah kota besar di London. Di sanalah minat saya terhadap lukisan dan fotografi bercambah.

Selepas itu saya bersekolah seni di Isle of Ely College Wisbech Cambridges­hire, St Martin London.

UB: Apakah orang tua tahu tahu tuan belajar seni di London?

AG: Mereka hanya tahu saya belajar di London. Tapi tidak tahu saya belajar dalam bidang seni.

UB: Selepas tamat universiti, apakah tuan terus bekerja di London? AG: Saya sempat bekerja di Muzium Negara di bawah Dato Shahrom Yob, pengarahny­a waktu itu. Saya sempat bekerja selama enam bulan di KL tapi kemudian mengambil keputusan untuk balik ke London, jadi

Inhouse Photoghrap­her. Sejak itu saya tidak menoleh lagi. Saya terus menekuni bidang fotografi.

Pada tahun 1987, saya pindah ke Stockholm, Sweden. Sebelum itu, saya memang berulang alik antara London dan Sweden. Kini saya banyak terlibat dengan projek fotografi di kawasan Asia dan berulang alik antara KL, Jakarta, London untuk memenuhi tugasan dan kontrak yang diberikan.

UB: Bagaimana tuan mendapat idea dan inspirasi?

AG: Saya mendapat idea dan inspirasi di mana saja, dari TV hingga percakapan yang saya dengar di jalanan. Agak sukar untuk tidak mengambil sesuatu idea yang menginspir­asi tetapi saya

fikir idea yang baik akan hidup lama dalam imaginasi hinggalah ia dilahirkan.

Mungkin ia mengambil masa yang lama, satu bulan, satu tahun atau mungkin lebih dari itu sehingga anda punya peluang untuk merakamnya, tetapi anda masih merasa tertarik dengan idea itu.

UB: Boleh cerita sedikit proses kerja tuan?

AG: Saya bahagikan proses kerja saya kepada lima, iaitu inspirasi, penyelidik­an, perancanga­n, shooting atau penggambar­an dan post pra produksi. Kerana saya selalu membuat shooting di lokasi, saya cuba untuk membuat perancanga­n sebaik mungkin.

Hasil produk sangat bergantung di mana saya bekerja dan seberapa jauhnya tempat saya mengambil gambar itu. Saya ingin memperoleh­i idea yang jelas mengenai apa yang saya mahu dari sesuatu gambar, jadi saya boleh kosongkan ruang untuk improvisas­i, dan selalunya sesuatu yang ajaib dan mengejutka­n boleh terjadi. UB: Di mana tuan bekerja, maksud saya di mana tempat ruang kreativiti tuan untuk menghasilk­an idea?

AG: Saya memiliki studio di KL dan saya mempunyai studio di Jakarta dan Singapura. Tapi ruang kerja kreatif saya yang sebenar ialah di mana saya berada. Ia boleh sahaja di mana-mana di dunia ini.

Saya suka kerja saya kerana ia membawa saya ke tempat yang baru, tempat yang kadang tak terduga, bekerjasam­a dengan masyarakat dari pelbagai peringkat. Ini adalah sesuatu yang terus menerus mendorong dan menginspir­asi saya.

UB: Kalau boleh tahu, apa antara kerja yang mencabar yang pernah tuan laksanakan? AG: Antara tugas yang mencabar yang pernah saya buat ialah membantu negara untuk menepis tanggapan buruk pihak Barat terhadap minyak sawit. Mereka menentang penggunaan minyak sawit kerana beberapa sebab.

Antara dakwaan yang mereka lemparkan ialah penanaman kelapa sawit merosakkan alam sekitar, memusnahka­n habitat hidupan liar seperti Orang Utan, penebangan hutan dan dakwaan penggunaan buruh kanak-kanak di ladanglada­ng.

Selepas diberikan tugas oleh Malaysia Palm Oil

Council (MPOC), saya membuat penyelidik­an. Saya cuba melihat dari sudut kemanusiaa­n. Tentu banyak aspek kemanusiaa­n di ladang-ladang sawit. Saya membuat pengambila­n gambar hampir selama dua bulan untuk mendekati masyarakat yang terlibat.

Saya ke Pulau Carey, di Selangor untuk mengambil gambar puak Mah Meri. Saya mengambil wajahwajah dan rupa paras pekerja-pekerja ladang Sawit. Saya berkunjung ke ladang-ladang di Sabak Bernam, Selangor, ke Bentong, Pahang dan lain-lain. Saya cuba untuk memberikan sudut pandang kemanusiaa­n dalam industri sawit.

Idea awal sebenarnya hanya untuk mengambil gambar wajah kerana saya yakin melalui wajah seseorang, ia boleh memberi banyak cerita. Bila memandang ke dalam mata mereka, kita dapat melihat banyak cerita pahit manis dari sana. Dengan sokongan MPOC, saya membuat pameran foto di Strand

Gallery London pada 23 Februari.

Setiap foto saya berikan cerita.Bila anda melihat sebuah foto, anda rasa ingin terus melihatnya dan mula membayangk­an kehidupan mereka melalui pengalaman yang kita alami.

Saya tidak hanya bercerita mengenai ladang sawit.Kita mahu mereka melihat wajahwajah petani, pekebun sawit yang menjadi tulang belakang ladang sawit di Malaysia, bahawa kehidupan mereka tidak jauh dengan kehidupan petani di Eropah, Amerika dan tempat-tempat lain di dunia.

Penggambar­an itu memberikan kesedaran mengenai kehidupan manusia dan kemanusiaa­n di ladang sawit. Saya buat pameran di London, kita buat pameran di Belgium, Peranchis, New York.

UB: Selain itu, apa lagi yang pernah tuan buat?

AG: Saya pernah diberikan tugas oleh Unicef untuk merakamkan gambar orangorang gelandanga­n. Saya menemui orang-orang yang hidup tanpa rumah, tanpa memiliki tempat tinggal. Saya merakamkan wajah mereka yang bercerita mengenai kehidupan yang mereka alami.

Selain itu, saya juga pernah membuat gambar mengenai kehidupan penyelam-penyelam mutiara Melayu di Australia. Mereka kebanyakan­nya berasal dari Mantin, Negeri Sembilan, dan sudah berada di Australia sejak tiga hingga empat generasi yang lalu.

Mereka di bawa ke sana untuk menjadi penyelam mutiara. Ada di antara mereka kahwin dengan orang Australia, dengan kaum aborogine dan di kalangan mereka sendiri.

Sudah tentu budaya mereka sudah multikultu­ral. Projek itu melibatkan jurufoto Malaysia dan Australia. Jurufoto Malaysia dihantar selama sebulan di Australia dan jurufoto Australia dihantar pula ke Malaysia.

UB: Sekarang apa projek yang tuan buat?

AG: Saya membuat fotografi untuk iklan komersil. Sekarang saya lebih banyak menekuni bidang iklan komersil. Membuat tugasan untuk jenama-jenama syarikat besar di seluruh dunia.

UB: Antaranya? AG: Saya membuat fotografi untuk iklan komersil untuk jenama seperti Isetan (Jepun)Kose, H&M, IKEA,Crown Plaza Hotels, Tourism Malaysia, Petronas,MIDA, ShangriLa, Chanel, Estee Lauder, Lancome, Unilever,Celcom, Berita Publishing, Utusan Malaysia Publishing, Putrajaya Holdiings, Malaysia Airlines, Emirates Airlines, Chitralada Thailand, Amari Group of Hotels, HP Internatio­nal, LCC Properties, dan lainlain.

UB: Apa niat tuan yang belum terlaksana? AG: Saya ingin membantu golongan belia di Sabah terutamany­a yang berminat dalam bidang fotografi. Saya yang membimbing mereka terutamany­a graduangra­duan yang banyak menganggur.

Di Sabah, saya difahamkan terdapat kira-kira 40,000 lepasan ijazah yang masih menganggur. Jika mereka mendapatka­n kemahiran dalam bidang fotografi, hidup mereka pasti bertambah baik. Saya ingin balik untuk membimbing mereka dalam bidang fotografi.

UB: Boleh tahu berapa harga sekeping foto yang tuan hasilkan?

AG: Bergantung kepada saiz besar atau kecil. Sekeping foto boleh berharga antara RM7,000 hingga RM25,000.

UB: Apa nasihat tuan kepada jurufoto baru?

AG: Fotografi bukan setakat ambil gambar. Apapun usaha anda pastikan anda mahir. Anda harus berlatih meningkatk­an kemahiran. Mesti tingkatkan pengetahua­n dan kemahiran dan selalu berlatih. Ibarat bola. Kalaupun anda pandai main bola, kalau tidak berlatih, tidak juga ke mana.

Fotografi boleh mendatangk­an hasil yang lumayan. Ia tidak semestinya bergantung kepada peralatan yang mahal. Ia terletak kepada kualiti, kreativiti dan imaginasi kita. Banyak orang ambil gambar tetapi tidak tahu nilai gambar itu.

Nasihat saya untuk menjadi fotografer yang berjaya, mesti ada hala tuju. Cari bidang fotografi yang anda suka dan anda mahir. Jangan gunakan fotografi untuk dapatkan glamour.

 ??  ?? ANTARA gambar penuh inspirasi yang diambil Amri.
ANTARA gambar penuh inspirasi yang diambil Amri.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia