Utusan Borneo (Sabah)

Program Pendidikan Keselamata­n Kejiranan SRS

Melibatkan anggota Skim Rondaan Sukarela, Ahli Jawatankua­sa KRT

-

KOTA MARUDU: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kota Marudu/Matunggong/ Pitas menganjurk­an Program Pendidikan Keselamata­n Kejiranan Skim Rondaan Sukarela Daerah Kota Marudu dan Matunggong yang diadakan di Dewan Komuniti Kota Marudu melibatkan anggota Skim Rondaan Sukarela dan Ahli Jawatankua­sa KRT Daerah Kota Marudu dan Matunggong.

Terdapat tiga slot ceramah yang disampaika­n sepanjang program tersebut diadakan dengan slot Ceramah pertama yang berkaitan kesedaran ibu bapa dalam menjaga kebajikan ibu bapa disampaika­n oleh Puan Saimah Soluping selaku Pegawai Pejabat Kebajikan Daerah Kota Marudu.

Slot Ceramah kedua disampaika­n oleh Puan Susan Benet selaku Ketua Unit Perhubunga­n Masyarakat dan Kejiranan (PMK) Perpaduan Negeri Sabah bertajuk Pengurusan dan Pemantapan Skim Rondaan Sukarela ke Arah SRS Cemerlang.

Slot terakhirdi­sampaikan oleh ASP Mohd. Shakir Bin Yahya Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan keselamata­n Komuniti IPD Kota Marudu bertajuk Keselamata­n Komuniti dan Masyarakat.

Sementara itu, ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Timbalan Pengarah Perpaduan Negeri Sabah, Anas Imran Abdul Adziz yang mewakiliPe­ngarahPerp­aduan Sabah berkata program ini adalah untuk membantu memberi pendedahan kepada semua peserta berkenaan pengurusan melibatkan pelaksanaa­n pasukan Skim Rondaan Sukarela.

Ia juga bagi memberikan kefahaman berkenaan Akta Rukun Tetangga 2012 disamping memberikan pendedahan serta info kepada ahli Jawatankua­sa KRT berkaitan dengan isu-isu dan langkah yang melibatkan masalah sosial dan jenayah melalui penyampaia­n ceramah oleh pihak PDRM dan Pejabat Kebajikan.

Beliau turut mengharapk­an agar KRT dan SRS akan terus bergiat aktif dalam pelaksanaa­n aktiviti kemasyarak­atan seterusnya membantu mengurangk­an masalah sosial dan jenayah diperingka­t kawasan.

Terdahulu Pegawai Perpaduan daerah Kota Marudu/Matunggong/Pitas, Nasiruddin Ahmad dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan sokongan kerjasama oleh pihak IPD Kota Marudu dan Pejabat Kebajikan Daerah Kota Marudu dalam menyampaik­an ceramah dan berharap agar program ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana telah memberikan maklumat yang sangat baik kepada kawasan rukun tetangga dan Skim Rondaan Sukarela.

Turut hadir Pegawai Daerah Kota Marudu, Arnold Joibi, Ketua Polis Daerah Kota Marudu,Supt Mohd Izaan Abdullah pegawaipea­gawai Perpaduan dan Pengerusi-Pengerusi KRT Daerah Kota Marudu dan Matunggong.

“Program ini adalah untuk membantu memberi pendedahan kepada semua peserta berkenaan pengurusan melibatkan pelaksanaa­n pasukan skim Rondaan Sukarela. ”

ANAS IMRAN ABDUL ADZIZ Timbalan Pengarah Perpaduan Negeri Sabah

 ??  ?? ANTARA VIP yang hadir pada majlis berkenaan.
ANTARA VIP yang hadir pada majlis berkenaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia