Utusan Borneo (Sabah)

Kapal nelayan Vietnam menyamar kapal tempatan ditahan

-

BINTULU: Sebuah kapal nelayan Vietnam menyamar sebagai kapal kargo tempatan dengan nama One United 51 ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu kerana disyaki menceroboh perairan negara serta melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan Bintulu pada Rabu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, kapal tersebut ditahan sekitar 106 batu nautika barat laut Tanjung Kidurong Bintulu pada jam 10.25 malam pada Rabu.

“Kapal berkenaan disyaki merompak hasil laut Malaysia semasa pihak APMM menjalanka­n operasi harian di sekitar perairan tersebut,” ujarnya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Shahref berkata, kapal tersebut cuba beredar dari tempat kejadian semasa cuba ditahanpih­akAPMMdanh­asil pemeriksaa­n mendapati lima warganegar­a asing termasuk tekong warganegar­a Vietnam berumur 15 hingga 45 tahun berada di dalamnya.

Katanya, mereka ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan menjalanka­n aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia dengan menyamar sebagai kapal kargo tempatan.

“Kapal bersama lima lelaki itu kemudianny­a dibawa ke Pelabuhan Bintulu untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985,” jelasnya.

Beliau berkata, Maritim Malaysia sentiasa mengalualu­kan maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang seperti penceroboh­an perairan Malaysia oleh kapal asing.

Maklumat boleh disalurkan secara terus ke talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu 086314254.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia