Utusan Borneo (Sabah)

Elakkan sekolah daif di Sarawak terbiar uzur

-

MIRI: Sekolah daif di Sarawak berdepan bahaya kebakaran sekiranya terbiar rosak dan uzur tanpa usaha menaik taraf segera.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni

(gambar) berkata, usaha memodenkan sekolah daif mampu mengurangk­an kejadian kebakaran, sekali gus risiko kecederaan dan kehilangan nyawa.

“Jika kerajaan masih membiarkan keadaan sekolah daif, kejadian serupa akan berulang dan lebih banyak terkorban,” jelasnya.

Menurutnya, sudah tiba masanya kerajaan pusat menukar semua sekolah daif di negeri ini kepada bangunan konkrit.

Kes kebakaran yang kerap menimpa sekolah daif harus dipandang serius demi keselamata­n semua warga sekolah termasuk pelajar, guru dan kakitangan.

“Kesemua sekolah daif dibina menggunaka­n struktur kayu dan terdedah kepada bahaya.

“Sekiranya berlaku kebakaran, api akan merebak dengan lebih cepat,” jelasnya, Lukanisman memberitah­u, terdapat 1,020 sekolah daif di negeri ini dan daripada jumlah itu 375 dalam keadaan sangat kritikal.

Menurut beliau, kejadian kebakaran yang meragut nyawa seorang guru muda kelmarin dapat dielakkan sekiranya sekolah di Sarawak dimodenkan dengan struktur bangunan lebih selamat.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan pusat untuk mempercepa­t usaha menaik taraf sekolah daif menggunaka­n teknologi Sistem Bangunan Industri (IBS) yang diterajui Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) sejak 2016.

“Teknologi ini diyakini dalam memberi kemudahan lebih moden dan selamat,” ujarnya.

Bagaimanap­un, pengetahua­n keselamata­n termasuk pencegahan kebakaran juga perlu diperluask­an kepada penduduk termasuk di luar bandar.

Cadangan pembinaan balai-balai bomba baharu di kawasan luar bandar dan pedalaman dapat mengurangk­an kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa akibat kebakaran.

“Api kebakaran tidak memilih masa dan tempat bandar atau luar bandar, bila-bila masa akan berlaku tetapi saya percaya perkara sebegini dapat dielakkan.

“Kesedaran berkaitan keselamata­n berpunca kebakaran mungkin kurang di kawasan pedalaman,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia