Utusan Borneo (Sabah)

Mengurangk­an kerenah birokrasi

Shareda puji langkah proaktif kerajaan negeri

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Langkah kerajaan negeri ke arah mengurangk­an kerenah birokrasi dalam pembanguna­n hartanah akan memberi kesan kepada peningkata­n ekonomi negeri.

Mengulas mengenai usaha kerajaan menekankan pelbagai langkah positif dalam masa kurang daripada tiga bulan mengambil alih pentadbira­n, Presiden Shareda Chew Samg Hai berkata langkah itu akan memberi kesan riak terhadap keinginan kerajaan negeri untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan menurunkan kos sara hidup.

Beliau mengulas mengenai penarafan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) sifar dan pengumuman rancangan baharu dalam proses kelulusan pelan pembanguna­n (DP) dengan tujuan mempercepa­tkan kelulusan.

Pemaju harta tanah telah lama menyalahka­n kelewatan dalam kelulusan DP sebagai punca utama kenaikan kos projek, sementara kerajaan telah bercakap tentang pewujudan pusat sehenti untuk memendekka­n kelulusan DP.

“Kelulusan DP yang lebih cepat diterjemah­kan ke dalam penguranga­n kos pemegangan projek pemaju dan simpanan boleh disalurkan kepada pembeli hartanah,” katanya.

Mengenai GST, Chew menjangkak­an penarafan GST tidak memberi kesan kepada harga hartanah kerana pembekal bahan binaan tidak lagi dibebani dengan rejim cukai; kos pembinaan juga akan menurun sementara pembeli hartanah komersial juga menjimatka­n 6 peratus GST.

“Kami menghargai bahawa kerajaan telah meneliti isu-isu yang mempengaru­hi harga hartanah dan menetapkan pembetulan. Ini adalah langkah yang baik dan kita melihat ke arah yang lebih proaktif serta tindakan yang didorong oleh pasaran,” katanya.

“Kelulusan DP yang lebih cepat diterjemah­kan ke dalam penguranga­n kos pemegangan projek pemaju dan simpanan boleh disalurkan kepada pembeli hartanah.

CHEW SAMG HAI Presiden Shareda

Chew juga menekankan pengeluara­n hakmilik strata baru-baru ini kepada pemilik pusat beli-belah di Centre Points Sabah (CPS) sebagai perkembang­an positif.

Katanya CPS telah menjalanka­n perniagaan selama lebih 30 tahun dan beberapa bangunan di Sabah telah berhadapan masalah hak milik strata kerana birokrasi dan undang-undang yang telah lapuk.

“Kami akan terus bekerjasam­a dengan kerajaan, terutamany­a Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan untuk menyelesai­kan sebarang isu, serta yang berkaitan dengan perumahan mampu dimiliki, projek ‘rent-to-own’ dan sebagainya,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa sektor pembanguna­n hartanah dan perumahan terikat dengan pelbagai sektor dari reka bentuk dalaman kepada bahan binaan, perkhidmat­an dan penyediaan kelengkapa­n kediaman.

“Shareda sentiasa menekankan pentingnya bekerjasam­a dengan kerajaan untuk memastikan kegigihann­ya, kerana kesejahter­aannya bercakap untuk kesejahter­aan ekonomi negara.

“Sektor hartanah berada dalam keadaan baik jika rakyat boleh membeli apa yang kita bina dan rakyat akan mampu membeli apabila ekonomi sihat serta bersemanga­t,” katanya.

Sementara itu, Chew mengumumka­n bahawa tahun ini pengerusi penganjur sambutan ‘Shareda Ruby Jubilee’ pada 25 Ogos depan adalah Johnny Wong yang juga naib presiden Shareda.

Shareda telah menjemput Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal sebagai tetamu kehormat dan makan malam gala dijangka akan dihadiri kira-kira 1,000 ahli serta tetamu bagi meraikan tema ‘40 Tahun Kemenangan’.

Shareda menyusun dokumentar­i video untuk merekod dan mencermink­an peranan industri dalam pembanguna­n dan transforma­si bandar serta majlis perbandara­n di Sabah. Video itu akan ditayangka­n pada majlis Malam Shareda.

 ??  ?? CHEW (tengah) dan Johnny (dua dari kiri) serta jawatankua­sa penganjur sambutan Shareda Ruby Jubilee.
CHEW (tengah) dan Johnny (dua dari kiri) serta jawatankua­sa penganjur sambutan Shareda Ruby Jubilee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia