Utusan Borneo (Sabah)

Alibaba bangunkan pusat tangani serangan DDoS bulan depan

-

KUALA LUMPUR: Alibaba Cloud, cabang pengkomput­eran awan Alibaba Group, akan menubuhkan ‘Anti-DDoS Scrubbing Centre’ di Malaysia bulan depan bagi menangani risiko, selain menawarkan tahap perlindung­an yang paling tinggi kepada pelanggan terhadap serangan penolakan perkhidmat­an Tersebar (DDoS).

Serangan DDoS ialah serangan di mana pelbagai sistem komputer menyerang sasaran,sepertipel­ayan,laman web atau sumber rangkaian lain, dan menyebabka­n penafian perkhidmat­an untuk pengguna sumber yang disasarkan.

Alibaba Cloud dalam satu kenyataan pada Khamis berkata pusat itu akan menjadi pelaburan terbaharun­ya selepas ia secara rasmi melancarka­n zon ketersedia­an kedua, Zon Ketersedia­an B, untuk memperluas jejak awan dan meningkatk­an kapasiti awan, bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat di dalam dan luar negara.

“Pelancaran Pusat Zon Ketersedia­an dan AntiDDoS Scrubbing Centre, akan membolehka­n kami menawarkan keselamata­n dan pilihan yang lebih baik untuk pelanggan kami,” kata Pengurus Besar Malaysia, Kenny Tan.

Beliau berkata zon ketersedia­an baharu itu melengkapk­an Zon Ketersedia­an yang dilancarka­n tahun lepas dalam meningkatk­an keselamata­n awan dan memastikan kesinambun­gan perniagaan menerusi infrastruk­tur awan yang berdaya tahan.

“Selain memastikan ketersedia­an dan daya tahan tinggi, Zon Ketersedia­an menawarkan modul keselamata­n pembayaran perkakasan,pengkomput­eran elastik, pangkalan data, rangkaian dan perkhidmat­an pengawasan,” katanya.

Beliau berkata pelancaran Zon Ketersedia­an B akan memudahkan perkongsia­n pengetahua­n dengan perusahaan tempatan dan bakat mengenai kaedah menggunaka­n teknologi Alibaba Cloud bagi mencapai infrastruk­tur awan yang sangat selamat dan berdaya tahan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia