Utusan Borneo (Sabah)

250 ahli PPK hadir Program Jom Jimat Belanja Dapur

-

TAMBUNAN: Seramai 250 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Tambunan (PPK) telah menghadiri Program Jom Jimat Belanja Dapur dan Pelancaran Kugiran Peladang yang diadakan di Pisumpurua­n Square di sini pada Rabu.

Program itu telah dirasmikan oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah (LPP) Anita Haji Misuari.

Dalam ucapannya, beliau memintabar­isanAhliLe­mbaga, pihak pengurusan dan ahli PPK memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyebarlu­askan peranan dalam apa juga bentuk perkhidmat­an dan perniagaan yang ditawarkan oleh PKK ke peringkat akar umbi.

Beliau juga meminta ahli PPK agar menambahka­n saham, keahlian dan simpanan dengan berurusnia­ga dengan PPK serta menggunaka­n segala perkhidmat­an yang ditawarkan.

“Yakinlah sokongan yang ahli berikan sekarang akan dapat dirasai pada masa hadapan dengan kerja keras dan kerjasama erat pengurusan dengan barisan AJP PPK serta sokongan padu dari pada ahli semua serta pemimpin di kawasan ini.

“PPK dan ahlinya akan terus maju dengan mendapat manfaat sebagai ahli peladang,” katanya.

Mengenai program itu, Anita memberitah­u telah memberi kesan dan dapat membantu rakyat untuk merancang perbelanja­an mereka dengan lebih berhemah.

Beliau difahamkan pelbagai produk dan hasil pertanian segar dijual dengan harga yang murah seperti sayursayur­an dijual pada harga RM1 seikat berbanding harga biasa RM2 seikat, tembikai RM2 sekilogram, halia RM5 sekilogram, petula yang kebiasaann­ya dijual pada harga RM4.50 sekilogram menawarkan harga RM2 sekilogram.

Begitu juga katanya, beras jenama Peladang 10 Kilogram dijual pada harga hanya RM22.50 sekampit berbanding RM25.50 sekampit pada harga biasa.

Selain daripada mendapat bekalan produk dan hasil segar dengan harga yang murah bagi pengguna, beliau berkata program itu juga memberi ruang kepada masyarakat petani sebagai pihak pengeluar didaerahin­iuntukmema­sarkan hasil pertanian mereka.

“Maksudnya, kekerapan menjual hasil keluaran mereka telah bertambah selain daripada tamu mingguan dan tamu pasar tani yang sedia ada.

“PPK Tambunan turut melakar sejarah apabila turut melancarka­n sebuah kumpulan kugiran yang diberi nama Power Sound.

“Kumpulan ini telah ditubuhkan pada 2016 yang ahlinya adalah terdiri daripada enam ahli dan anak-anak ahli peladang, dan aktiviti ini juga membantu menjana pendapatan ahli yang terlibat,” katanya.

 ??  ?? ANITA (tengah) melancarka­n kugiran Peladang dengan memukul drum. Turut kelihatan Thomas (tiga kanan), Paulus (tiga kiri) dan AJP PPK lain.
ANITA (tengah) melancarka­n kugiran Peladang dengan memukul drum. Turut kelihatan Thomas (tiga kanan), Paulus (tiga kiri) dan AJP PPK lain.
 ??  ?? ANITA (tengah) bersama Thomas, Paulus dan AJP PPK bergambar dengan penerima sijil penghargaa­n Peladangni­ta.
ANITA (tengah) bersama Thomas, Paulus dan AJP PPK bergambar dengan penerima sijil penghargaa­n Peladangni­ta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia