Utusan Borneo (Sabah)

Peluang jadi duta AirAsia X dan Sony Global dengan foto percutian

-

PETALING JAYA: Rakam detik-detik indah semasa percutian dan kongsi pengembara­an hebat anda untuk merebut peluang menjadi duta jenama bersama AirAsia X dan Sony Malaysia, yang julung kali diadakan, selama satu tahun.

Apa yang perlu dilakukan ialah berkongsi imej menarik dari mana-mana lebih 130 destinasi pelanconga­n AirAsia di seluruh dunia, melalui throughthe­lens.airasia.com mulai 30 Julai hingga 7 Okt ini.

“Sekeping gambar mampu menceritak­an lebih daripada seribu perkataan. Kami melancarka­n peraduan ini dengan Sony untuk menunjukka­n bagaimana pengalaman perjalanan dapat disampaika­n dengan cara yang menakjubka­n secara visual tanpa mengira perbelanja­annya - baik melalui telefon pintar atau dengan peralatan kamera terbaik di pasaran.

“Kami sedang mencari seseorang yang meneroka mana-mana destinasi AirAsia dan berkongsi saat perjalanan kesukaanny­a,” kata Ketua Komersial AirAsia X Group, Barry Klipp, ketika melancarka­n peraduan, ‘Through the Lens’, di sini, Jumaat.

Mengenai kerjasama itu, Pengarah Urusan Sony Malaysia, Satoru Arai berkata berikutan peningkata­n kadar penembusan telefon pintar di pasaran, minat terhadap fotografi telah berkembang pesat dalam beberapa tahun ini.

“Orang ramai telah mula mengambil banyak foto perjalanan estetik yang dihubungka­n (melalui platform sosial) dengan orang yang tidak dikenali di seluruh dunia.

“Sony, sebagai peneraju dalam pengimejan digital dan pengeluar sensor imej terbesar di dunia, kami yakin akan terus menerajui pada masa depan, kepada spektrum jurugambar perjalanan yang lebih luas, dari penggemar kepada peminat. Melalui kerjasama dengan AirAsia, kami percaya kami dapat mengekalka­n rantaian inspirasi dan orang akan mula merakam keindahan kehidupan seharian melalui lensa mereka. “

Hadiah utama adalah menjadi duta bersama, di mana pemenang akan diberi ganjarande­nganpeluan­guntuk menjadi sebahagian daripada pengalaman perjalanan AirAsia baharu yang menarik dan terlibat dalam pelancaran produk eksklusif oleh Sony Malaysia.

Pemenang juga akan memenangi tiket penerbanga­n Premium Flatbed dan penginapan di Tokyo, berpeluang melihat teknologi terkini Sony di ibu pejabatnya di Jepun, kamera Sony, Alpha A7 III K bernilai RM9,433, dan Sony h.ear 2 fon kepala wayarles bernilai RM1,093.

Selain itu, sembilan hadiah sagu hati termasuk tiket penerbanga­n AirAsia X dan kamera Sony RX100V bernilai RM4,299, yang disediakan setiap minggu untuk kisah kreatif terbaik yang dikemukaka­n di laman mikro pertanding­an.

Bagi menyertai pertanding­an, layari throughthe­lens.airasia.com dan pelajari bagaimana cara menghantar entri anda sendiri dengan memuat naik foto perjalanan dengan kisah kreatif. - Bernama

 ??  ?? KETUA Komersial Kumpulan AirAsia X Barry Klipp (dua, kanan) bergambar bersama Pengarah Urusan Sony Malaysia Satoru Arai (dua, kiri) sempena pelancaran AirAsia X Pencarian Duta bersama Sony Malaysia di The Curve, Jumaat.
KETUA Komersial Kumpulan AirAsia X Barry Klipp (dua, kanan) bergambar bersama Pengarah Urusan Sony Malaysia Satoru Arai (dua, kiri) sempena pelancaran AirAsia X Pencarian Duta bersama Sony Malaysia di The Curve, Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia