Utusan Borneo (Sabah)

140 usahawan PKS jadi pembekal Tesco

-

SHAH ALAM: Seramai 140 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), membekalka­n produk mereka kepada pasar raya besar Tesco di seluruh negara sehingga suku pertama tahun ini.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata daripada jumlah itu, sebanyak 106 usahawan tersebut merupakan pembekal Bumiputera.

“Tesco dilihat telah banyak membantu pembanguna­n usahawan PKS tempatan dalam memasarkan produk mereka kepada pelanggan melalui pasar raya ini.

“Program Citarasa Malaysia yang dianjurkan melalui kerjasama strategik antara kementeria­n dan Tesco Malaysia, ternyata banyak membantu dengan memberi peluang kepada usahawan untuk memperkena­lkan produk dan jenama masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Program Cita Rasa Malaysia di pasar raya Tesco Seksyen 13 di sini, Jumaat.

Seramai 20 usahawan PKS menyertai program itu dengan tema, ‘Jom Sokong Produk PKS Tempatan’. Ia berlangsun­g selama enam hari bermula Selasa lepas dengan menyasarka­n jualan sebanyak RM60,000.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia Paul Ritchie.

Saifuddin berkata kementeria­n dan pasar raya Tesco telah merancang pelbagai aktiviti untuk memperkena­lkan produk PKSkepadap­enggunasep­erti pensampela­n makanan dan padanan perniagaan.

“Melalui pendekatan itu, kementeria­n akan mengenal pasti produk yang berpotensi­untukdipas­arkan. Rekod jualan harian dan komitmen usahawan turut jadi pengukur untuk kita menilai prestasi produk yang diniagakan,” katanya.

Sementara itu, Paul berkata Tesco Malaysia mengiktira­f 10 pembekal utama PKS Bumiputera bagi prestasi jualan mereka pada 2017.

“Hari ini, kami mengiktira­f 10 PKS utama bagi pencapaian jualan mereka. Sebagai sokongan kepada PKS Bumiputera, kami akan memperkena­lkan tiga pembekal PKS baharu pada tahun ini dan dua pembekal tambahan yang kami lihat mempunyai potensi pertumbuha­n.

“Kami percaya produk olehpembek­alPKStempa­tan mempunyai potensi dan mampu bersaing dengan jenama terkemuka melalui kawalan mutu yang baik dengan standard yang ditetapkan.

“Kami menggalakk­an PKS terus berinovasi dan memperkena­lkan rangkaian baharu untuk menarik lebih ramai pelanggan,” katanya. - Bernama

 ??  ?? MENTERI Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) Datuk Saifuddin Nasution Ismail (kanan) dan Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia Paul Ritchie (dua, kanan) mendengar penerangan dari Mohd Hafiz Mohd Hanis mengenai produk Ummi ketika lawatan ke tapak jualan dan pameran pada Program Citarasa Malaysia di Tesco Shah Alam, Jumaat.
MENTERI Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) Datuk Saifuddin Nasution Ismail (kanan) dan Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia Paul Ritchie (dua, kanan) mendengar penerangan dari Mohd Hafiz Mohd Hanis mengenai produk Ummi ketika lawatan ke tapak jualan dan pameran pada Program Citarasa Malaysia di Tesco Shah Alam, Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia