Utusan Borneo (Sabah)

Shuri adik Black Panther akan muncul dalam buku komiknya sendiri

-

DALAM filem terbitan Marvel ‘Black Panther’ yang begitu berjaya dan dikeluarka­n pada tahun ini, salah satu kejutan utama ialah bagaimana adik perempuan kepada adiwira itu yang juga genius teknologi, Shuri, mencuri tumpuan.

Sekarang dia mendapat siri buku komiknya sendiri.

Marvel Comics telah mengumumka­n siri keluaran sampingan, yang akan bermula pada Oktober, di mana Black Panther hilang dalam satu misi ke angkasa lepas, dan Shuri diharapkan untuk tampil dan mengisi kekosongan yang ditinggalk­an oleh abangnya di negara asal mereka yang mitos, Wakanda.

“Dunia jatuh cinta kepada Shuri dalam filem itu. Sekarang, adik perempuan The Black Panther yang merupakan genius teknologi melancarka­n kisah kembaranya sendiri,” kata penerbit itu, untuk mengesahka­n berita yang pertama kali diterbitka­n oleh laman berita Bustle.

Aktres Britain-Guyana, Letitia Wright, menerima pujian bagi lakonannya sebagai Shuri dalam filem yang memecah rekod itu dan, menurut pengkritik, adalah waktu yang bersejarah bagi masyarakat kulit hitam di atas skrin perak.

Walaupun Shuri bukan heroin kulit hitam pertama dalam dunia Marvel

- Storm, salah seorang anggota X-Men, sudah ada selama berdekadde­kad – seluruh buku yang memberi tumpuan khusus kepada watak-watak wanita berkulit hitam amat jarang sekali diterbitka­n.

Penulis sains fiksyen wanita berbangsa NigeriaAme­rika, Nnedi Okorafor, akan menulis ‘Shuri’.

Dia sudah bekerja untuk Marvel dalam siri ‘Wakanda Forever’, yang memberi tumpuan kepada Milaje, iaitu unit pasukan khas seluruh wanita di negara fiksyen itu.

Menurut Box Office Mojo, ‘Black Panther’ telah mengaut lebih AS$1.34 bilion, yang meletakkan­nya di tempat nombor sembilan dalam senarai ‘box office’ sepanjang zaman.

‘Avatar’ adalah juara sepanjang zaman dengan hampir AS$2.8 bilion.

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR fail yang diambil pada 8 April 2018 ini menunjukka­n Letitia Wright semasa tiba di acara permaidani merah bagi menghadiri acara bersama para peminat UK filem ‘Avengers: Infinity War’ di White City, London barat.
— Gambar AFP GAMBAR fail yang diambil pada 8 April 2018 ini menunjukka­n Letitia Wright semasa tiba di acara permaidani merah bagi menghadiri acara bersama para peminat UK filem ‘Avengers: Infinity War’ di White City, London barat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia