Utusan Borneo (Sabah)

MATRADE sasar tingkat 5 peratus eksport

Barangan gaya hidup berkembang kukuh sejak lima tahun lepas

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menyasarka­n peningkata­n lima peratus barangan gaya hidup tahun ini daripada RM39.18 bilion pada 2017.

Pengarah Bahagian Gaya Hidup dan Sains Hayat MATRADE Abu Bakar Yusof berkata eksport barangan gaya hidup berkembang kukuh lima hingga enam peratus setahun sejak lima tahun lepas.

“Sepanjang lima bulan pertama tahun ini, kami sudah merekodkan kira-kira RM15 bilion nilai eksport, dengan RM4.21 bilion dari pasaran ASEAN.

“Kami yakin menerusi platform untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seperti Minggu Gaya Hidup ASEAN (ALW) 2018, PKS akan lebih terdedah kepada pasaran ASEAN dan antarabang­sa, dan dapat mengekspor­t lebih banyak barangan gaya hidup buatan Malaysia,” katanya pada sdang media pada pelancaran laman web ALW www. aseanlifes­tyleweek.com di sini Jumaat.

Abu Bakar berkata eksport barangan gaya hidup, yang meliputi tekstil, pakaian dan aksesori selain perabot, dijangkaka­n terus meningkat.

Mengenai ALW 2018, Abu Bakar berkata acara sulung yang dianjurkan oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang) pada 8-9 Sept di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, akan mengetenga­hkan kira-kira 150 peserta pameran yang terdiri daripada penggiat industri tempatan dan ASEAN.

Acara itu juga menarik minat ramai, termasuk dari Perancis, India dan Hong Kong.

“MATRADE sebagai penyokong acara ini, bukan sahaja akan membantu mempromosi produk PKS tempatan, malah akan membimbing mereka untuk meningkat ke tahap seterusnya dan mencapai kejayaan yang lebih besar, dan pada masa yang sama menjadikan KL sebagai gerbang ASEAN atau hab untuk pembeli dan penjual dari seluruh dunia untuk berkumpul dan berniaga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Penyayang Datuk Leela Mohd Ali berkata organisasi bukan membuat keuntungan itu, yang telah memperjuan­gkan seni dan reka bentuk Batik Malaysia sejak 15 tahun lepas, berharap lebih banyak produk kreatif dihasilkan oleh penggiat tempatan, dan tidak hanya terhad kepada pakaian Batik.

“Mengintegr­asikan batik dengan produk gaya hidup yang lain, gabung dan padan dengan pakej, aksesori dan sebagainya. Kami mahu melihat lebih banyak pembuat batik dapat menyerlahk­an warisan negara ke seluruh dunia,” katanya.

Bertemakan Penyampaia­n Penyelesai­an yang Baik, acara ini diadakan sempena Pertanding­an Rekaan Batik Piala Seri Endon menerusi Kraf Batik Malaysia bagi Pergerakan Dunia naungan Perdana Menteri Kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia