Utusan Borneo (Sabah)

Hamisa nafi mahu rebut jawatan dalam Warisan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat menolak dakwaan yang mengatakan­nya menyimpan hasrat untuk bertanding merebut jawatan di dalam Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau berkata penyertaan­nya ke dalam Warisan sebelum ini bukan disebabkan oleh jawatan tetapi semata-mata kerana keinginann­ya untuk berbakti kepada rakyat.

“Saya tidak akan bertanding berebut jawatan di dalam Warisan, kecuali jika presiden parti sendiri yang mahu memberikan tanggungja­wab kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diajukan pertanyaan sekiranya menyimpan hasrat untuk bertanding jawatan pada pemilihan agung akan datang parti itu.

Hamisa ditemui pemberita selepas menyampaik­an sumbangan kepada mangsa terjejas dengan insiden tiga rumah ranap di Kg Pukat Tanjung Batu di sini pada Ahad.

Menyentuh tragedi yang menimpa mangsa terlibat, beliau merakamkan simpati terhadap kesemua mereka namun bersyukur tidak ada kes kemalangan jiwa berlaku.

“Kita difahamkan pihak syarikat bertangung­gjawab (bot tunda dan tongkang) sanggupmen­anggungker­ugian mangsa untuk mendirikan semula rumah-rumah yang sudah roboh.

“Kita ucapkan terima kasih kepada pihak syarikat terlibat dan berharap penduduk kampung akan lebih berwaspada kerana kejadian sebegini tidak boleh dijangka,” katanya.

Selain selaku Adun Tanjung Batu, kehadirann­ya juga sebagai wakil Warisan Kalabakan,yangturutd­itemani Wira dan Wirawati parti itu serta sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

 ??  ?? HAMISA (dua kiri) mendengar luahan hati mangsa yang terjejas.
HAMISA (dua kiri) mendengar luahan hati mangsa yang terjejas.
 ??  ?? HAMISA bersama rombongann­ya melawat mangsa yang terbabit dalam insiden itu.
HAMISA bersama rombongann­ya melawat mangsa yang terbabit dalam insiden itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia