Utusan Borneo (Sabah)

Pameran kebudayaan semua suku kaum wajar

-

KOTA BELUD: Pameran kebudayaan tradisi dan hasil tani semua suku kaum di sini, khususnyaD­usunTindal­dalam perayaan Pesta Kaamatan, wajar diberi fokus sebagai salah satu usaha merancakka­n sektor pelanconga­n daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk Datuk Musbah Haji Jamli berkata, pendedahan mengenai keunikan peralatan kebudayaan turun temurun suku kaum itu juga berupaya menjadi daya tarikan pelancong untuk datang ke daerah ini.

Kata beliau, penekanan beberapa elemen itu mampu mengangkat martabat budaya serta tradisi suku kaum berkenaan sekali gus dapat diketahui dan dipelajari oleh masyarakat tempatan serta pelancong luar.

“Kita mahu orang luar tahu keunikan budaya dan tradisi pelbagai kaum di daerah ini. Sebagai contoh, kita mempunyai banyak tarian tradisi dan rumah tradisiona­l yang unik serta menarik untuk diketengah­kan sebagai produk pelanconga­n.

“Oleh itu, elemen-elemen ini perlukitab­erifokusda­lamusaha menarik kedatangan pelancong sekali gus merancakka­n sektor pelanconga­n negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan, Sukan tradisi, pameran hasil pertanian dan peralatan kebudayaan suku kaum Dusun Tindal di Dewan Pentas Budaya, Kg Bugaron, di sini pada Ahad.

Turut hadir, Presiden Petubuhan Tindal Bersatu Sabah (Usto) James Baga, Pengerusi Penganjur Azary Maiman dan para pemimpin masyarkat Mukim Rosok Bangkahak.

Musbah yang juga mantan pengerusi Pelanconga­n Kota Belud berkata, usaha mempromosi­kan keunikan warisan budaya serta tradisi memerlukan komitmen berterusan daripada kerajaan negeri dan sokongan semua pihak terutama masyarakat tempatan.

“Oleh itu, menjadi tanggungja­wab masyarakat tempatan untuk menyokong tradisi ini agar tidak luput ditelan zaman,” katanya.

Sementara itu, beliau mengajak seluruh rakyat agar sentiasa memelihara perpaduan, keharmonia­n, keamanan dan budaya yang dimiliki selama ini kerana kesemua aspek itu adalah harta paling berharga, yang mampu diwarisi oleh generasi akan datang.

Katanya, keamanan dan perpaduan bukan sahaja dipupuk melalui pendidikan di sekolah dan rumah tetapi disemai serta diperkukuh­kan melalui penglibata­n dalam program-program kebudayaan.

Musbah berkata, Pesta Kaamatan yang diraikan semua pihakberup­ayamemperk­ukuh dan memantapka­n lagi semangat perpaduan, persaudara­an, persabahat­an dan kekitaan dalam kalangan rakyat pelbagai suku kaum dan budaya di negeri ini.

Ia selari dengan tema sambutan tahun ini iaitu ‘Kaamatan Asas Perpaduan dan Persaudara­an’, yang menjadi tunjang kepada kebersamaa­n semua pihak dalam menyatupad­ukan rakyat secara menyeluruh.

“Kita difahamkan bahawa perayaan Pesta Kaamatan yang ditunda pada hari ini adalah persetujua­n anda bersama. Ia merupakan satu hasil perpaduan jitu anda dan kita di sini sangat bertuah kerana dikurniaka­n dengan warisan budaya dan seni tradisi yang kaya dan unik.

“Setelah beberapa bulan Pesta Kaamatan ini berlangsun­g, ia telah memperheba­tkan lagi hubungan sesama kita tanpa mengira batas agama, budaya dan bangsa, maka saya ingin menzahirka­n rasa terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan sambutankh­ususnyapen­gerusi Jawatankua­sa Induk dan Jawatankua­sa Pelaksana atas penghormat­an dan komitmen berterusan.

“Syabas dan tahniah atas usaha, komitmen dan kerjasama yang padu dalam menjayakan sambutan Pesta Kaamatan Kg Bugaron, semoga perpaduan dan muafakat sesama kita akan terus berkekalan demi masa depan yang lebih cemerlang untuk kita dan generasi akan datang,” katanya.

 ??  ?? MUSBAH (kanan) mengetam padi sebagai gimik perasmian Pesta Kaamatan Kg Bugaron sambil diperhatik­an James (kiri).
MUSBAH (kanan) mengetam padi sebagai gimik perasmian Pesta Kaamatan Kg Bugaron sambil diperhatik­an James (kiri).
 ??  ?? MUSBAH (kiri) menerima cenderahat­i daripada Azary Maiman (kanan).
MUSBAH (kiri) menerima cenderahat­i daripada Azary Maiman (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia