Utusan Borneo (Sabah)

Dua gol Silva bantu City bangkit tewaskan Bayern

Dua gol Silva bantu City tamatkan jelajah pramusim di AS dengan kemenangan 3-2

- PEMAIN Bayern Kingsley Coman cuba melakukan percubaan ke arah gawang City dalam perlawanan itu. -Gambar AFP

MIAMI, Amerika Syarikat (AS): Manchester City menamatkan jelajah pramusim di AS dengan kemenangan 3-2 ke atas bekas kelab pengurusny­a, Pep Guardiola, Bayern Munich tetapi perlawanan itu dicemari dengan kecederaan pemain baharunya, Riyad Mahrez Sabtu lepas.

Dua gol dari pemain gantian, Bernardo Silva membantu City bangkit dari ketinggala­n 0-2 untuk menamatkan jelajah pramusimse­lepasduake­kalahan pada kejohanan minit Piala Juara Antarabang­sa, dengan Lukas Nmecha penjaring gol lain.

Mahrez bagaimanap­un kelihatan mengalami kecederaan buku lali sebelum dikeluarka­n seawal minit ke27.

Dengan perlawanan pembukaan rasmi Liga Perdana Inggeris menerusi Piala Perisai Komuniti Ahad ini menentang Chelsea di Wembley, Guardiola akan menilai tahap kecergasan pemain sebelum membuat perancanga­n selanjutny­a dengan skuad City terus kembali ke Manchester selepas perlawanan.

City memulakan kejohanan minit pramusim ini dengan kekalahan kepada Borussia Dortmund dan Liverpool, dengan Guardiola memilih menurunkan pemain yang sama – lapan pemain dalam kesebelasa­n di sini beraksi dalam semua tiga perlawanan.

“Kami menganalis­a kesilapan kami pada perlawanan sebelumnya dan melakukan yang lebih baik pada perlawanan menentang Bayern Munich,” kataGuardi­ola.“Kamiberupa­ya untuk bermain dengan baik dan menangani situasi apabila ketinggala­n 0-2.”

Bintang utama Bayern, Arjen Robben dan Franck Ribery beraksi cemerlang tetapi dengan Mahrez mempunyai banyak ruang di bahagian tengah ketika City menguasai awal permainan dan seharusnya dapat membuka jaringan.

Mahrez, yang menghabisk­an beberapa minit mendapatka­n rawatan awal di tepi padang selepas diasak, melihat rembatanny­a ditepis penjaga gol Sven Ulreich.

Nmecha juga mempunyai peluang tetapi rembatanny­a terkena palang dan kegagalan itu membawa padah apabila Bayern membuka jaringan pada minit ke-14 dari gol Meritan Shabani.

Bayern semakin selesa dan gol kedua menyusul pada minit ke-23 apabila Robben mengumpan bola kepada Ribery sebelum menewaskan Claudio Bravo.

Keadaan semakin buruk buat City apabila Mahrez terpaksa dikeluarka­n.

“Kita akan lihat situasinya nanti, saya berharap ia bukan masalah serius,” kata Guardiola.

TempatMahr­ezdigantiS­ilva, yang merapatkan kedudukan buat City pada minit akhir sebelum rehat.

Pemain Bayern kelihatan keletihan selepas rehat dan skuad muda City ternyata memiliki lebih banyak tenaga untuk melakukan asakan demi asakan dengan Nmecha menyempurn­akan bola muntah untuk mengikat kedudukan.

Silva melengkapk­an jaringan ketika berbaki 20 minit permainan dari satu umpanan Adrian Bernabe. – AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia