Utusan Borneo (Sabah)

Kebudayaan Rungus aset pelanconga­n penting di Matunggong

- Oleh YAP SIONG HAN

KUDAT: Kebudayaan etnik suku kaum Rungus Matunggong adalah salah satu khazanah negeri yang boleh menjadikan kawasan itu sebagai salah satu destinasi pelanconga­n di sini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, kerajaan negeri akan memperting­katkan usaha dalam memperkasa­kan industri pelanconga­n di Sabah.

“Dengan kuatnya industri pelanconga­n kita, ekonomi akan meningkat seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Sabah mempunyai 47 suku kaum etnik yang mana ia hanya terdapat di Sabah dan bukannya di tempat lain...ini adalah khazanah negeri kita,” katanya ketika sidang media selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal merasmikan Pesta Magahau 2018, di sini pada Selasa.

Beliau percaya kedatangan pelancong akan terus meningkat di negeri ini, bagaimanap­un kemudahan asas seperti tempat penginapan perlu diperbanya­kkan khususnya di sini.

Katanya, kerajaan baharu akan membangunk­an semua daerah secara seimbang agar tiada masyarakat yang ketinggala­n dalam pembanguna­n.

Dalam ucapannya yang disampaika­n oleh Jaujan, Shafie berkata Pesta Magahau adalah perayaan terbesar dalam kalangan masyarakat Momogun Rungus yang diraikan sejak nenek moyang mereka.

Beliau juga berharap perpaduan dalam kalangan kaum di Sabah akan terus terpelihar­a menerusi pelbagai perayaan yang disambut dalam negeri ini.

 ??  ?? JAUJAN memalu gong sebanyak tujuh kali sebagai tanda rasminya pesta itu.
JAUJAN memalu gong sebanyak tujuh kali sebagai tanda rasminya pesta itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia