Utusan Borneo (Sabah)

Rompak berkumpula­n: Warga asing kena 10 tahun, satu sebat

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing dikenakan penjara sepuluh tahun dan satu sebat, oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan rompak berkumpula­n bersenjata.

Hakim Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Maslan Majinin, yang disabitkan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.

Tertuduh mengaku salah merompak seorang lelaki berusia 22 tahun, dengan menggunaka­n sebilah parang yang boleh menyebabka­n kematian.

Semasa melakukan kesalahan itu, tertuduh bersama dengan seorang yang masih bebas, pada 14 Jun jam 9.04 malam, di Teluk Likas, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari kejadian pengadu bersama adiknya yang sedang memancing dihampiri dua lelaki.

Seorang daripada mereka bertanya, sama ada melihat isteri rakannya, beliau mengatakan tidak dan mencadangk­an menemui polis peronda.

Tiba-tiba, tertuduh mengacukan parang sementara rakannya memegang adik pengadu, lalu meminta wang.

Pengadu merayu agar tidak dicederaka­n, pada masa yang sama adiknya berjaya melepaskan diri lalu berlari ke arah tertuduh.

Pergelutan berlaku antara tertuduh dengan adiknya, sehingga pengadu dapat mencapai objek keras dan memukul tertuduh.

Tertuduh berjaya ditangkap polis pada 16 Jun, semasa mendapatka­n rawatan di hospital akibat kecederaan daripada kejadian terbabit.

Semasa rayuan, Maslan yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n.

Namun Timbalan Pendakwara­ya Husna Abdul Halim menegaskan, jenayah yang dilakukan sangat serius.

Tambahnya, tertuduh juga menggunaka­n sebilah parang dan melakukan rompakan di tempat awam.

Beliau juga meminta tertuduh yang tidak memiliki dokumen diri, dirujuk ke Jabatan Imigresen setelah tamat tempoh hukuman.

 ??  ?? MASLAN
MASLAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia