Utusan Borneo (Sabah)

Indonesia haramkan Jemaah Ansharut Daulah

Susulan kumpulan ekstremis tempatan pro-IS itu didakwa bertanggun­gjawab ke atas siri serangan maut

-

JAKARTA: Mahkamah Indonesia semalam meng haram-kan kumpulan ekstremis tempatan yang bertanggun­gjawab ke atas siri serangan maut di tanah air, dengan ketara memperluas kuasa polis untuk mendakwa anggota dan membekukan dana.

Jemaah Ansharut Daulah (JAD), yang menjanjika­n kesetiaan kepada kumpulan Negara Islam (IS), telah terlibat dalam serangan maut di Jakarta pada 2016 dan gelombang pengeboman nekad pada Mei di Surabaya, bandar kedua terbesar di Indonesia, kata pihak berkuasa.

Dua keluarga – termasuk budak perempuan berusia sembilan dan 12 tahun – meletupkan diri sendiri di beberapa gereja dan sebuah balai polis, mengorbank­an 13 orang.

“Dengan itu kami mengesahka­n (JAD) sebagai sebuah organisasi haram,” hakim utama Aris Bawono Langgeng menyatakan di mahkamah daerah Jakarta Selatan.

Indonesia telah mengharamk­an hanya satu lagi kumpulan radikal Islam, Jemaah Islamiyah, pada 2008 kerana didapati bersalah melakukan tindakan pengganas.

Keputusan itu akan memperting­kat kuasa polis untuk memburu JAD, yang telah dikaitkan dengan siri rancangan lain di Indonesia, termasuk serangan bom api ke atas sebuah gereja yang mengorbank­an seorang kanak-kanak dan satu rancangan untuk melancarka­n pengeboman nekad semasa perayaan Krismas.

Pendakwa raya menyambut baik keputusan itu dan berkata ia akan menetapkan satu kes pendakwaan untuk memansuhka­n organisasi lain yang dikaitkan dengan IS di Indonesia.

Asludin Hatjani, seorang peguam yang mewakili kumpulan tersebut, menyatakan beliau tidak akan merayu, namun sebelum ini membantah bahawa tindakan mengharamk­an kumpulan itu akan membolehka­n polis menahan anggota lain yang tidak melakukan keganasan.

Ditubuhkan pada 2015, JAD dikatakan merangkumi kirakira 24 kumpulan di Indonesia yang menjanjika­n ketaatan kepada pemimpin IS Abu Bakr al-Baghdadi, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, yang pada tahun lepas mengisytih­arkannya sebagai sebuah rangkaian ekstremis.

Pemimpin kerohanian kumpulan itu Aman Abdurrahma­n telah dijatuhkan hukuman mati pada bulan lepas bagi peranannya dalam serangan di Jakarta pada 14 Januari, 2016, yang menyebabka­n empat pengganas dan empat orang awam terbunuh.

Satu keputusan mahkamah dilihat oleh AFP, menama-kan Zainal Anshori sebagai “emir”, atau ketua, kumpulan sekarang di Indonesia.

Ketua berusia 44 tahun itu bagi operasi JAD di Jawa Timur telah dipenjarak­an selama tujuh tahun pada 2017 untuk penyeludup­an senjata yang gagal dari Filipina ke Indonesia.

“Jemaah Ansharut Daulah (JAD), yang menjanjika­n kesetiaan kepada kumpulan Negara Islam (IS), telah terlibat dalam serangan maut di Jakarta pada 2016 dan gelombang pengeboman nekad pada Mei di Surabaya, bandar kedua terbesar di Indonesia, kata pihak berkuasa ....

 ?? — Gambar Antara Foto/Reuters ?? KETUA JAD (tengah) diiringi oleh polis ketika tiba untuk perbicaraa­nnya di mahkamah Jakarta Selatan di Jakarta,Indonesia semalam.
— Gambar Antara Foto/Reuters KETUA JAD (tengah) diiringi oleh polis ketika tiba untuk perbicaraa­nnya di mahkamah Jakarta Selatan di Jakarta,Indonesia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia