Utusan Borneo (Sabah)

16 pasukan bakal berentap

Kejohanan Futsal Piala Pemuda Upko Bahagian Beluran 2018

- Oleh SALMAN ABADI

TELUPID: Sebanyak 16 pasukan akan berentap pada Kejohanan Futsal Piala Pemuda Upko Beluran 2018 yang akan diadakan pada 4 dan 5 Ogos ini di Gelanggang Futsal Kampung Telupid, di sini.

Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur kejohanan itu, Alphonsus @ Kodou Idol berkata kesemua 16 pasukan itu akan dibahagika­n kepada empat kumpulan iaitu Kumpulan A, B, C dan D.

Katanya, Kumpulan A akan menemukan pasukan Lumou FT, Kbos, Rampagas Ft dan Pemuda UPKO Beluran, manakala Kumpulan B terdiri daripada Sparta Ft, Baksot Ft, PSG FC dan Opusakan FC.

Bersaingda­lamKumpula­n C ialah pasukan PSG Junior, BFT dan Surun FC, sementara Kumpulan D terdiri daripada pasukan Kesures FC, MS FT, Sparta B dan Gansad FC.

Alphonsus yang juga Setiausaha Pemuda Upko Beluran berkata pasukan yang mengambil bahagian

kali ini datangnya dari daerah Telupid, Tongod dan Beluran.

“Kejohanan itu antara lain bertujuan untuk

menyediaka­n belia dengan akitviti yang berfaedah, mengeratka­n lagi silaturahi­m khasnya dalam kalangan belia dan seterusnya dapat mencungkil bakat baharu khususnya dalam sukan futsal,” katanya.

Bagi pihak penganjur, beliau berharap kejohanan itu dapat berjalan dengan baik dan lancar serta mendapat sokongan masyarakat setempat khasnya golongan belia.

Majlis perasmian kejohanan itu dijangka disempurna­kan oleh Felix Joseph Saang yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Upko merangkap Setiausaha Pemuda Upko Pusat.

Orang ramai khususnya para peminat sukan bola sepak dan masyarakat sekitar daerah Telupid adalah dijemput hadir untuk menyaksika­n dan memeriahka­n lagi kejohanan tersebut.

“Kejohanan itu antara lain bertujuan untuk menyediaka­n belia dengan akitviti yang berfaedah, mengeratka­n lagi silaturahi­m khasnya dalam kalangan belia dan seterusnya dapat mencungkil ” bakat baharu khususnya dalam sukan futsal.

ALPHONSUS @ KODOU IDOL Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur

 ??  ?? BARISAN Jawatankua­sa Penganjur Kejohanan Futsal Piala Pemuda Upko Beluran 2018 bersama Ketua Pemuda Upko Bahagian Beluran, Tommy Amir (duduk dua kanan).
BARISAN Jawatankua­sa Penganjur Kejohanan Futsal Piala Pemuda Upko Beluran 2018 bersama Ketua Pemuda Upko Bahagian Beluran, Tommy Amir (duduk dua kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia