Utusan Borneo (Sabah)

Kerjaya bidang penerbanga­n

Yadim Sabah, MASWings adakan taklimat kerjaya

- Oleh ABD NADDIN HJ SAIDDIN

KALAU anda mempunyai pendengara­n dan penglihata­n yang baik, tidak buta warna, sihat dari segi fizikal dan mental, memiliki keyakinan diri yang tinggi serta berani, menguasai bahasa Melayu dan Inggeris, Sains, Matematik dan Fizik, anda mungkin memiliki ciri ciri yang diperlukan untuk menceburka­n diri dalam bidang penerbanga­n.

Bagi seseorang yang mempunyai komitmen dan minat yang mendalam dalam perkhidmat­an berorentas­ikan penerbanga­n, kerjaya ini bukan saja menjanjika­n pendapatan yag tinggi malah dianggap bidang yang glamour dan berprestij.

Industri penerbanga­n adalah sebuah industri yang profesiona­l, unik dan strategik. Ia juga adalah industri yang berdaya maju dan memerlukan banyak tenaga kerja seperti juruterban­g, jurutera kapal terbang, mekanik, pengawal trafik udara, pramugara, pramugari dan sebagainya.

Menyedari minat dan impian di kalangan pelajar untuk menceburi industri berorienta­sikan penerbanga­n ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Sabah, MASWings Sdn Bhd dengan kerjasama SMK Sanzac Kota Kinabalu mengadakan Taklimat Kerjaya di Dewan Terbuka SMK Sanzac, pada Khamis.

Kehadiran kira-kira 900 orang terdiri daripada guru-guru dan pelajar tingkatan 1 hingga 5 SMK Sanzac menunjukka­n bidang penerbanga­n adalah satu bidang yang sentiasa menarik minat untuk diceburi.

Program itu bertujuan memberi pendedahan kerjaya dalam bidang penerbanga­n kepada pelajar sekolah. Taklimat kerjaya disampaika­n oleh Ketua Pegawai Eksekutif MASwings Aminuddin Zakaria, juruterban­g, jurutera dan pramugara/ pramugari MASwings.

Aminuddin yang dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MASwings Sdn Bhd sejak November 2016. Beliau memiliki lebih 27 tahun pengalaman profesiona­l dalam bidang kejurutera­an.

Beliau memulakan kerjaya di Penerbanga­n Malaysia sebagai pelatih, Aircraft Maintenanc­e. Aminuddin memiliki ijazah dalam bidang Mekanikal dan Kejurutera­an Aeronatica­l dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pengarah Yadim Zon Sabah Haji Samin Haji Ongki berkata Yadim sentiasa komited dalam mengadakan pelbagai program yang memberikan manfaat kepada masyarakat.

Katanya, Yadim menjalin kerjasama pintar dengan MASwings untuk memberikan pendedahan mengenai kerjaya yang terbuka luas dalam industri penerbanga­n yang semakin berkembang pesat.

Kini terdapat banyak syarikat penerbanga­n, sama ada di dalam dan luar negara yang menyediaka­n peluang pekerjaan dengan tawaran gaji dan insentif yang lumayan

Turut hadir di majlis itu ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sanzac Awang Deramat Haji Awang Matiassin serta guru-guru sekolah itu.

Bidang penerbanga­n boleh menjadi pilihan bagi pelajar-pelajar yang menyimpan impian untuk menceburi kerjaya yang berprestij tetapi mencabar.

 ??  ?? SAMIN
SAMIN
 ??  ?? AMINUDDIN
AMINUDDIN
 ??  ?? AMINUDDIN, Samin, Awang Deramat serta tetamu undangan lain dalam majlis itu.
AMINUDDIN, Samin, Awang Deramat serta tetamu undangan lain dalam majlis itu.
 ??  ?? AMINUDDIN, Awang Deramat dan Samin ketika diwawancar­a media.
AMINUDDIN, Awang Deramat dan Samin ketika diwawancar­a media.
 ??  ?? PELAJAR SMK Sanzac yang mengikuti taklimat kerjaya.
PELAJAR SMK Sanzac yang mengikuti taklimat kerjaya.
 ??  ?? PRAMUGARA dan pramugari kerjaya yang berprestij.
PRAMUGARA dan pramugari kerjaya yang berprestij.
 ??  ?? KIRA-kira 900 pelajar tekun mendengar amanat Samin.
KIRA-kira 900 pelajar tekun mendengar amanat Samin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia