Utusan Borneo (Sabah)

HAG alami banyak kecacatan, fasiliti tidak berfungsi

-

DEWAN bedah Hospital Alor Gajah (HAG), Melaka didapati gagal beroperasi sejak hospital baharu itu mula beroperasi pada 18 Feb 2013 kerana bacaan tahap kebisingan yang tidak memenuhi piawaian ditetapkan.

Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1 mengenai Aktiviti Kementeria­n/Jabatan Kerajaan Persekutua­n dan Badan-Badan Berkanun Persekutua­n hari ini berkata dewan bedah HAG itu juga tidak berfungsi kerana kerosakan berulang terhadap sistem pendingin hawa dan Sistem Penyeliaan Bangunan.

“Keadaan ini menyebabka­n antara fungsi penting hospital iaitu perkhidmat­an pembedahan tidak dapat dilaksanak­an dalam tempoh lima tahun itu,” katanya sambil menambah bahawa dewan bedah itu akhirnya mula beroperasi pada 18 Sept 2017.

Pengaudita­n yang dijalankan­antaraNove­mber 2016 hingga Julai 2017 juga mendapati sebanyak 29 peralatan perubatan bernilai RM1.58 juta di dewan bedah dan Unit Rehabilita­si tidak digunakan, manakala set pam duty dan pam standby tidak dilengkapi kuasa pendua.

Ia juga mendapati lokasi ‘inspection chamber’ kumbahan di laluan klinikal dewan bersalin tidak sesuai.

Laporan audit itu juga mendapati bahawa kontraktor asal telah gagal menyiapkan semua kerja pembaikan kecacatan di HAG yang berjumlah 3,186 kecacatan dalam tempoh tanggungan kecacatan (DLP) kerana masalah kewangan.

Semakan menerusi laman sesawang Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) pada 11 Nov 2016 mendapati syarikat asal telah tutup.

Menurut laporan itu, hingga tarikh pengaudita­n pada 28 Julai 2017, sebanyak 1,936 kecacatan yang terdiri daripada 242 dan 1,694 masing-masing adalah kecacatan major dan minor di HAG yang masih diperbaiki.

“Pada pendapat Audit, kegagalan kontraktor melaksanak­an obligasi kontrak dari aspek pembaikan kecacatan dan kelewatan JKR (Jabatan Kerja Raya) menyelesai­kan isu pembaikan kecacatan telah menjejaska­n operasi hospital,” katanya.

Hingga akhir April 2018, kontraktor pihak ketiga yang dilantik telah menyiapkan 176 kerja bagi membaiki kesemua kecacatan dengan nilai RM4.97 juta. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia