Utusan Borneo (Sabah)

Langkah proaktif tarik pelaburan

Fokus kualiti dan teknologi tinggi, kurang kebergantu­ngan buruh asing

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif bagi menarik pelaburan langsung asing (FDI), dengan memberi tumpuan kepada pelaburan berkualiti tinggi yang dapat merangsang ekonomi negara.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Ming berkata untuk menuju ke arah negara maju, fokus utama akan diberikan kepada pelaburan berkualiti tinggi dan berteknolo­gi tinggi serta mengurangk­an kebergantu­ngan kepada tenaga buruh asing.

Menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (BNLarut) di Dewan Rakyat semalam mengenai pengaliran keluar pelaburan dari negara ini sejak Mei tahun ini, beliau berkata penarikan itu (FDI) berskala kecil.

“Sepanjang Mei hingga Jun tahun ini, tiga projek FDI dengan nilai pelaburan RM16.4 juta, dalam sektor perkilanga­n telah menutup, memberhent­ikan atau memindahka­n operasi perkilanga­n dari negara ini.

“Ini merupakan syarikat berskala kecil berdasarka­n jumlah pelaburan,” katanya.

Antara faktor penarikan keluar pelaburan ialah ketidakten­tuan pasaran serta penguncupa­n ekonomi global yang menyebabka­n pelabur menstruktu­r semula operasi dan strategi pelaburan mereka.

Selain itu, peralihan teknologi kepada Revolusi Industri 4.0 turut menyebabka­n industri berintensi­fikasi buruh tidak dapat menyesuaik­an operasi syarikat serta mengalami kesukaran mengekalka­n keuntungan jangka panjang di negara ini, katanya.

Ong berkata peningkata­n kos buruh di negara ini turut menyebabka­n sektor berintensi­f buruh tidak mampu menarik pelaburan.

Malaysia yang sedang menuju ke arah negara maju, memberi tumpuan kepada pelaburan berkualiti dan berteknolo­gi tinggi, menyebabka­n projek kurang berintensi­fikasi teknologi tinggi sukar beroperasi dan bersaing di Malaysia.

Menjawab soalan tambahan Hamzah berhubung langkah bagi mengimbang­i peningkata­n kos buruh untuk menarik lebih banyak pelaburan dengan mengambil peluang kemungkina­n limpahan pelaburan ke negara ini berikutan perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China, Ong berkata kerajaan lebih fokus kepada pelaburan berkualiti dari China dan AS yang berteraska­n teknologi tinggi bagi menjadikan Malaysia negara perantara untuk mengekspor­t ke negara lain. Mengenai pengaliran keluar ekuiti asing, Ong berkata pengaliran keluar tidak terlalu besar, manakala pegangan saham bagi pelabur asing masih stabil.

“Jumlah pengaliran keluar ekuiti bagi tempoh Mei hingga 14 Julai 2018 sebanyak RM14.8 bilion, bukan angka yang besar iaitu 0.7 peratus daripada RM1.8 trilion jumlah pemodalan pasaran Bursa Malaysia.

“Nilai pegangan saham bagi pelabur asing di Malaysia pula masih stabil iaitu 23.65 peratus atau RM418 billion daripada jumlah nilai pasaran. Jadi pengaliran keluar tidak begitu besar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia