Utusan Borneo (Sabah)

Golf Sedco buka penyertaan

-

KOTA KINABALU: Cabaran Golf SEDCO 2018 di Dalit Bay Golf and Country Club (DBGCC), Tuaran pada 25 Ogos kini membuka penyertaan untuk pasukan-pasukan mahupun individu yang berminat.

Pengerusi penganjur Mordiana Abdullah semasa sidang media di sini pada Jumaat berkata, kejohanana­n Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (SEDCO) untuk edisi ke-16 itu dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Sosial Kumpulan SEDCO (KKS).

“Objektif kejohanan ini adalah untuk mengumpul dana KKS bagi melaksanak­an aktiviti amal dan kebajikan yang mampu menambah baik kehidupan masyarakat.

“Ini juga merupakan peluang untuk membina persahabat­an dan interaktif antara ahli-ahli syarikat Kumpulan Sedco, kerajaan, agensi kerajaan mahupun persatuan-persatuan sukan di sekitar Kota Kinabalu yang akan mengambil bahagian,” katanya.

Kejohanan menggunaka­n format pertanding­an Sistem 36 Stableford itu dibahagika­n kepada kategori tertutup dan terbuka untuk penyertaan berpasukan dan individu.

“Pihak penganjur menyediaka­n tiga hadiah untuk Nett Berpasukan, lima hadiah untuk Nett Individu dan tiga hadiah untuk Gross Individu.

“Selain itu, kita juga menyediaka­n hadiah-hadiah novelti berupa pukulan terjauh, pukulan terdekat dengan pin dan pukulan terdekat dengan garisan,” tambah Mordiana.

Menurut beliau, setakat ini dua hadiah Pukulan Selubang (HiO) Pasti Dimenangi sumbangan Cement Industries (Sabah) juga menanti pemain bertuah.

“Pihak penganjur juga masih menantikan tambahan untuk hadiah HiO dalam masa terdekat ini. Hadiah cabutan bertuah juga disediakan selain saguhati menarik (goodies) untuk semua peserta.

“Sehubungan dengan itu, pihak penganjur merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua penaja serta pihak DBGCC dalam memastikan kejohanan ini akan berlangsun­g dengan sukses,” kata Mordiana lagi.

Pertanding­an yang bermula 7.30 pagi dan dilepaskan secara `shotgun’ itu mensasarka­n penyertaan 30 pasukan atau 120 pemain, di mana setakat ini sebanyak 20 pasukan telah mengesahka­n penyertaan.

Yuran penyertaan RM400 dikenakan keatas penyertaan secara individu dan RM1,600 untuk penyertaan berpasukan (empat orang). Yuran penyertaan itu termasuk sarapan dan makan tengahari.

Mereka yang berminat boleh mendapatka­n borang dan keterangan lanjut dengan menghubung­i talian 0178141403 atau 088-427111 (Mordiana) sebelum tarikh tutup pada 9 Ogos.

 ??  ?? MORDIANA (tengah) bersama jawatankua­sa penganjur Cabaran Golf SEDCO Ke-16, 2018 semasa sidang media di Hotel Hyatt Regency, Kota Kinabalu pada Jumaat.
MORDIANA (tengah) bersama jawatankua­sa penganjur Cabaran Golf SEDCO Ke-16, 2018 semasa sidang media di Hotel Hyatt Regency, Kota Kinabalu pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia