Utusan Borneo (Sabah)

Azman sokong Hamid Presiden SAFA

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Timbalan presiden Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Sabah (PBPBS) 60-80an Azman Mastar menyokong Hamid Apdal sebagai peneraju baharu Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) jika Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menolak jawatan itu.

Azman percaya Hamid selaku ahli perniagaan yang berjaya di samping minatnya dalam bola sepak, layak dan berkemampu­an membawa pembaharua­n yang diperlukan badan induk bola sepak Sabah itu.

“SAFA perlukan pembaharua­n dalam banyak segi bagi membolehka­nnya beroperasi sebagai sebuah persatuan yang boleh mengembali­kan kegemilang­an bola sepak negeri ini termasuk menjadi persatuan yang berdikari.

“Sehubungan dengan itu, kami berharap Kongres Tahunan SAFA pada 25 Ogos ini digunakan sebaiknya oleh perwakilan untuk membuat perubahan yang perlu,” kata Azman ketika ditemui di sini pada Selasa.

Ramai pihak mencadangk­an Shafie menerajui SAFA selepas mantan presidenny­a yang juga bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman meletakkan jawatan ekoran pertukaran Kerajaan Negeri pada Mei lalu.

Shafie bagaimanap­un membayangk­an tidak mahu memegang jawatan itu dan berpendapa­t ia sewajarnya dipegang oleh individu berkelayak­an dan mempunyai masa menerajui persatuan.

Bagaimanap­un Shafie masih antara lima nama yang dicalonkan. Calon lain adalah Hamid, Naib Presiden Safa Datuk Yusof Kassim, Setiausaha Agung Safa Alijus Sipil dan ahli perniagaan Tan Sri TC Goh.

Yusof yang kini pemangku presiden juga telah menyatakan memilih untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Kongres Tahunan SAFA juga akan ada pemilihan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang turut kosong ekoran perletakan jawatan penyandang­nya Datuk Lawrence Gimbang (Timbalan Presiden) dan Datuk Harun Ismail (Naib Presiden).

“Apa yang kita mahu adalah, SAFA ada perubahan. Kami (PBPBS) rasa perubahan itu boleh berlaku bukan hanya dengan adanya presiden baharu seperti Hamid tetapi orang-orang di bawah juga perlu ditukar.

“Kita hanya mahu mereka yang boleh beri komitmen sepenuhnya berada dalam persatuan. Sebab itu kami juga berpendapa­t bahawa pegawai kerajaan yang berada di dalam SAFA sekarang tetapi tidak dapat memberikan komitmen, sewajarnya mengundur diri secara sukarela,” kata salah seorang ahli PBPBS, Malim Surat menyokong bagi kenyataan Azman.

Malim berkata, selain dapat memberikan komitmen sepenuhnya, pengetahua­n dalam bola sepak juga penting untuk seseorang berada dalam SAFA.

“Sebab itu kami juga mencadangk­an agar bekas pemain dan orang berpengala­man dalam bola sepak seperti Datuk James Wong, Yahya Kassim, Salahuddin Anoi dan Matlan Marjan juga sewajarnya berada dalam SAFA,” kata Malim.

Malim dan Azman juga sependapat bahawa SAFA juga perlu membentuk jawatankua­sa pengurusan kewangan untuk mencari dana agar persatuan itu boleh berdikari dan tidak bergantung kepada individu tertentu sahaja.

“Sekarang ini, SAFA bermasalah dari segi kewangan apabila presiden tiba-tiba meletakkan jawatan. Ia bukan sahaja mengganggu persatuan beroperasi tetapi menjejaska­n pasukan terutama yang masih dalam persaingan.

“Perkara ini boleh dielakkan jika SAFA sebuah pasukan yang berdikari. Pembentuka­n jawatankua­sa pengurusan kewangan adalah antara cara untuk mengelakka­n masalah kewangan berlaku,” kata mereka.

 ??  ?? MALIM
MALIM
 ??  ?? AZMAN
AZMAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia