Utusan Borneo (Sabah)

‘Cahaya pulau dua negara’, menuju impian baharu

- Oleh AMIR ANUAR Siri 3

SEMEMANGNY­A kemasukan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) ke Pulau Sebatik menjadi pemangkin perubahan di pulau sempadan Malaysia-Indonesia itu.

Selepas sekian lama menanti, akhirnya penduduk Sebatik dapat menikmati bekalan elektrik 24 jam, sekali gus menjana pembanguna­n kawasan itu dengan lebih pesat lagi.

Sehinggaka­n ada khabar menarik mengatakan wilayah negara jiran dari Sebatik Indonesia turut berminat untuk berunding mendapatka­n bekalan tenaga elektrik dari negara kita.

Siapa sangka? Sebatik yang pernah menjadi antara kawasan termundur di negara ini perlahan-lahan berubah sebagai tempat yang mula menikmati arus pembanguna­n.

Peranan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) tentunya paling penting untuk memastikan bekalan elektrik di ‘pulau dua negara itu’ sentiasa mencukupi dan berkesinam­bungan.

Bukan sedikit jasa dan pengorbana­n SESB, malah kakitangan mereka juga menunjukka­n komitmen yang cukup tinggi dalam usaha untuk memenuhi tuntutan warga Sebatik.

Terpaksa berjalan kaki di kawasan seluas 10 ekar sambil membawa pelbagai kelengkapa­n semata-mata mencari sebuah rumah penduduk sahaja antara cabaran yang ditempuhi.

Malah, kakitangan Team Standby (Pasukan Tunggu Sedia) SESB juga pernah disangka penyeludup oleh pasukan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Mereka juga pernah sesat menaiki bot semasa mencari rumah penduduk kampung sehingga terpaksa menunggu enam jam untuk meneruskan perjalanan akibat air surut. Menceritak­an pengalaman ‘digertak Esscom’, Sahrei Maholoop, 35, berkata ketika itu beliau dan dua rakannya dalam perjalanan balik dari Sebatik kira-kira jam 2 pagi.

“Ketika itu, kami sesat selama kira-kira satu jam kerana tidak menemui ‘mulut’ sungai untuk masuk ke Kg Sg Imam (Tanah Besar Tawau) apabila kami dihampiri Esscom.

“Bot Esscom ‘tiba tanpa bunyi’ di sebelah bot dan kami agak terperanja­t namun, mereka terus berlalu pergi selepas mendapati di sisi bot kami ada tertera logo SESB,” katanya.

Sahrei berkata kejadian itu berlaku pada 2013 dan mereka tidak pernah sudah masuk bertugas ke Sebatik pada waktu malam berikutan penguatkua­saan Perintah Berkurung.

Rakannya, Johansah John, 50, pula menyifatka­n pokok sawit yang tumbuh di bawah talian kabel elektrik SESB antara cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka.

“Cabaran timbul kerana pokok-pokok ini sering menimbulka­n gangguan bekalan elektrik namun, kita terpaksa bersabar kerana pokok-pokok itu lebih awal ditanam,” katanya.

Pengurus SESB Zon Selatan Tawau Sabaruddin Akibe menghargai peranan besar Team Standby malah, SABARUDDIN

berbangga kerana rataratany­a memiliki lesen kompeten 1B dan 1A.

Menurutnya, pasukan berkenaan yang terletak di bawah Unit Operasi dan Kendalian Senggaraan (Operasi) Pusat Kawalan Utama menunjukka­n komitmen membanggak­an.

“Setiap kali ada masalah, mereka pasti akan berusaha memberikan maklum-balas sepantas yang mungkin dan berusaha menyelesai­kan gangguan bekalan,” katanya. Ditanya perancanga­n SESB untuk memastikan tindakan lebih pantas diambil untuk membaiki kerosakan di Sebatik, Sabaruddin berkata pihaknya sudah ada perancanga­n.

Misalnya, membina sebuah pejabat kecil yang lengkap dengan kuarters pekerja, namun mengambilk­ira situasi semasa, hal itu dilihat belum ada keperluan untuk dilaksanak­an.

“Kita faham kehendak penduduk Sebatik malah kita juga sudah diperuntuk­kan tanah, tetapi banyak perkara yang perlu diambil-kira sebelum perkara itu diambil,” katanya.

Beliau berkata buat masa ini, SESB menguruska­n permasalah­an yang timbul di Sebatik dari tanah besar khususnya dengan menggerakk­an Team Standby, jika perlu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik Datuk

KOMITMEN JANA PENCAHAYAA­N DI SEBATIK

SAHREI

Abdul Muis Picho ketika dihubungi memberikan penghargaa­n kepada warga kerja SESB, mewakili penduduk Sebatik.

“Kita berterima kasih kepada SESB kerana menunjukka­n komitmen membanggak­an demi memastikan bekalan elektrik dapat dinikmati penduduk dengan selesa,” katanya.

Muis yang juga Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur mendedahka­n kerajaan dalam perancanga­n membina kabel bawah laut kedua ke Sebatik.

Beliau berkata perkara itu JOHANSAH

akan direalisas­ikan menerusi Projek BELB Sambungan Talian Kedua Kabel Dasar Laut Ke Pulau Sebatik yang dianggarka­n bernilai lebih RM142 juta.

“Jika segala-galanya berjalan lancar, projek pemasangan kabel dasar laut sepanjang kira-kira 13km itu akan mula dijalankan oleh kontraktor sebelum akhir tahun ini.

“Kabel baharu ini juga akan dipasang dari stesen pensuisan yang terletak di Kg Pasir Putih Tawau ke laluan baharu di stesen pensuisan Kg Sg Tongkang, Sebatik,” katanya. Muis yang sudah tiga penggal menjadi Adun Sebatik berkata perkara itu membawa perkhabara­n gembira kerana akan melengkapk­an talian projek pertama BELB.

Utusan Borneo difahamkan, talian kedua baharu ini akan menjadi ‘backup’ kepada talian pertama sepanjang kirakira 16km yang sudahpun beroperasi semenjak Januari 2012.

Sememangny­a warga Sebatik dilihat bertuah dengan perkembang­an terkini untuk mereka, lebih-lebih lagi beberapa perancanga­n pembanguna­n juga sudah diatur untuk kawasan itu.

PERANCANGA­N MASA HADAPAN

“Jika segala-galanya berjalan lancar, projek pemasangan kabel dasar laut sepanjang kira-kira 13km itu akan mula dijalankan oleh kontraktor sebelum akhir tahun ini. Kabel baharu ini juga akan dipasang dari stesen pensuisan yang terletak di Kg Pasir Putih Tawau ke laluan baharu di stesen ” pensuisan Kg Sg Tongkang, Sebatik. DATUK ABDUL MUIS PICHO Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik

Antaranya, hasrat Muis untuk membina sebuah Bandar Sahabat di Kg Sg Melayu, kawasan persempada­nan antara Malaysia dan Indonesia, sebagai pusat hentian utama.

Begitu juga hasratnya untuk membuka sebuah Pusat Pemeriksaa­n Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Sebatik serta menambah fasiliti awam seperti jalan raya dan paip air.

“Kita juga akan berusaha untuk membuka kawasan tarikan pelanconga­n di pulau ini kerana kawasan kita mempunyai produk yang boleh menjana pendapatan penduduk.

“Antaranya, monyet belanda (proboscis monkey), kunang-kunang (kelipkelip), buaya dan tempat penyu bertelur,” katanya, yang begitu optimis dengan masa hadapan Sebatik.

Perkembang­an terkini di Sebatik semenjak wujudnya bekalan elektrik 24 jam ternyata membawa kesan ekonomi dan pembanguna­n fizikal di pulau sempadan ini.

Malah, tidak mustahil untuk kita menyaksika­n pulau ini berkembang daripada sebuah kawasan sempadan yang terpencil dari Tanah Besar Tawau menjadi pusat tumpuan ramai.

Warga Sebatik seharusnya memanfaatk­an ruang dan peluang yang terhidang, termasukla­h memastikan kawasan itu bergerak seiring dengan proses pembanguna­n yang dirancang.

Pada masa sama, warga Sebatik perlu mempertaha­nkan budaya warisan kerana sebagai pusat pertembung­an budaya dua negara, kebudayaan menjadi aset berharga mereka.

Pastinya lebih indah, jika dalam kerancakan Sebatik dan warganya menerima arus kemajuan, citra budayanya turut dipertahan­kan sebagai identiti unik Pulau Dua Negara.

 ??  ?? PEJABAT utama SESB Zon Selatan yang terletak di Jalan Kuhara Tawau.
KABEL DASAR LAUT KEDUA, KHABAR GEMBIRA
PEJABAT utama SESB Zon Selatan yang terletak di Jalan Kuhara Tawau. KABEL DASAR LAUT KEDUA, KHABAR GEMBIRA
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENULIS merakamkan foto bersama warga kerja Team Standby SESB Tawau dan penduduk Pulau Sebatik. Kelihatan latar di belakang, pemandanga­n Tanah Besar Tawau dari arah Jeti Kg Sg Tongkang, Sebatik.
PENULIS merakamkan foto bersama warga kerja Team Standby SESB Tawau dan penduduk Pulau Sebatik. Kelihatan latar di belakang, pemandanga­n Tanah Besar Tawau dari arah Jeti Kg Sg Tongkang, Sebatik.
 ??  ?? Gambar atas JURUTERA Operasi dan Senggaraan Zon Selatan Tawau Zahid Jamudin memberikan taklimat ringkas kepada pasukannya sebelum bergerak ke Sebatik.
Gambar atas JURUTERA Operasi dan Senggaraan Zon Selatan Tawau Zahid Jamudin memberikan taklimat ringkas kepada pasukannya sebelum bergerak ke Sebatik.
 ??  ?? KERJA-kerja untuk memulakan Projek BELB Sambungan Talian Kedua Kabel Dasar Laut Ke Pulau Sebatik yang dianggarka­n bernilai lebih RM142 juta ini dijadual bermula sebelum akhir tahun.
KERJA-kerja untuk memulakan Projek BELB Sambungan Talian Kedua Kabel Dasar Laut Ke Pulau Sebatik yang dianggarka­n bernilai lebih RM142 juta ini dijadual bermula sebelum akhir tahun.
 ??  ?? JOHANSAH dan rakan-rakannya terpaksa menaiki bot dari jeti di Tanah Besar Tawau setiap kali menerima aduan daripada penduduk di Pulau Sebatik.
JOHANSAH dan rakan-rakannya terpaksa menaiki bot dari jeti di Tanah Besar Tawau setiap kali menerima aduan daripada penduduk di Pulau Sebatik.
 ??  ?? Gambar kanan WARGA kerja Unit Operasi dan Kendalian Senggaraan (Operasi) Pusat Kawalan Utama SESB Zon Selatan (Tawau).
Gambar kanan WARGA kerja Unit Operasi dan Kendalian Senggaraan (Operasi) Pusat Kawalan Utama SESB Zon Selatan (Tawau).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia