Utusan Borneo (Sabah)

Brad Pitt, Angelina Jolie bertengkar tentang nafkah anak

-

BRAD Pitt pada hari Rabu menafikan dakwaan yang dia gagal untuk menyara anakanakny­a dan menuduh isteri yang kini renggang daripadany­a, Angelina Jolie mencuba untuk memanipula­si media dalam perceraian mereka yang telah berlarutan sekian lama.

Dalam perkembang­an terkini tuduhan-tuduhan yang pahit antara pasangan hebat Hollywood yang pernah dikenali sebagai Brangelina itu, peguam Pitt berkata pelakon itu telah membayar lebih daripada AS$1.3 juta dalam bil untuk Jolie dan enam anak mereka sejak mereka berpisah pada 2016.

Dalam dokumen yang difailkan dalam Mahkamah Tinggi Los Angeles, peguam juga berkata Pitt telah meminjamka­n Jolie sebanyak AS$8

juta untuk membantu aktres itu membeli sebuah rumah baru.

Peguam Jolie menjawab dengan mengatakan yang Pitt mengenakan faedah ke atas pinjaman untuk rumah baru itu selain menambah yang Jolie juga terpaksa memikul kebanyakan daripada perbelanja­an untuk anak-anak mereka.

“Apa yang telah difailkan oleh pihak Brad hari ini (Rabu) ialah satu percubaan terang terangan mengeliruk­an perkara sebenar dan mengganggu fakta yang dia telah secara tidak penuh menunaikan kewajipann­ya dalam menyara anak,” kata peguam Samantha Bley DeJean dalam satu kenyataan.

Pada Selasa lepas, Jolie telah berkata dalam fail mahkamah yang Pitt gagal membayar nafkah yang mencukupi untuk anak-anak mereka sejak Jolie menuntut perceraian pada September 2016.

Peguam Pitt mengatakan dakwaan Jolie ialah satu usaha untuk memanipula­si liputan media.

Pitt dan Jolie berkahwin selama dua tahun selepas menjalin hubungan cinta selama 10 tahun yang telah menjadikan mereka salah satu pasangan paling glamor di Hollywood. Mereka mempunyai enam orang anak di mana Jolie mahukan jagaan utama.

Aktres ‘Maleficent’ itu pada Selasa berkata bahawa dia mahu mempercepa­tkan perceraian dan kembali kepada status bujang sebelum akhir tahun 2018.

Fail mahkamah Pitt berkata bahawa dia, bukan Jolie, yang pertama membuat permohonan itu mempercepa­tkan perceraian.

Pemfailan perceraian itu, yang menyebut perbezaan yang tidak dapat diselesaik­an, mencetuska­n pertikaian hak jagaan yang pahit dengan Pitt telah disiasat dan dibersihka­n daripada kes penderaan kanak-kanak. Aturan jagaan yang mutakhir masih belum dipersetuj­ui.

Aktor ‘Moneyball’ itu berkata dalam satu temubual tahun lepas yang dia telah berhenti minum, menjalani terapi dan bahawa dia dan Jolie telah membuat keputusan meninggalk­an “kebencian vitriol” dan bekerja bersama-sama untuk menyelesai­kan isu-isu mereka.

Dalam dua tahun kebelakang­an ini, Pitt lebih memilih untuk tidak menonjolka­n diri manakala Jolie baru-baru ini terlibat dengan penggambar­an filem untuk sekuel ‘Maleficent’ di London dan mengarah sebuah filem pada 2017 tentang rejim Khmer Rouge 1970-an di Kemboja di mana lebih satu juta penduduk meninggal dunia. Anak lelaki sulung mereka Maddox telah diambil sebagai angkat dari Kemboja pada 2002. — Reuters

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia