Utusan Borneo (Sabah)

Rumah tergelinci­r dari tiang, suami isteri warga emas terselamat

Suami isteri warga emas terselamat

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sepasang suami isteri warga emas terselamat selepas rumah mereka tergelinci­r dari tiang-tiang asalnya namun mujur bucu kediaman terbabit tersangkut di jambatan.

Kejadian cemas itu berlaku di perkampung­an air Kg Titingan Blok 5 di sini pada Khamis kira-kira jam 5 pagi, ketika hujan lebat, angin kencang dan arus ombak air pasang mengalir deras sehingga hampir mencecah paras lantai orang kampung.

Utusan Borneo difahamkan, Andi Manira Lahuddi, 81, dan isterinya, Suhera Mapota, 63, berjaya diselamatk­an oleh jiran-jiran mereka yang menarik mereka keluar dari rumah.

Saksi kejadian, Suda Sadra, 26, yang juga anak saudara Andi Manira berkata pada mulanya orang kampung terkejut apabila terdengar bunyi kuat pada awal pagi terbabit.

“Orang kampung menyangkak­an ada gempa bumi berlaku, tetapi ruparupany­a bunyi itu akibat impak rumah pakcik saya yang roboh dan bucunya tersangkut di jambatan.

“Orang kampung kemudianny­a bergegas untuk menyelamat­kan pakcik dan makcik yang masih terperangk­ap di dalam rumah,” katanya, ketika ditemui Utusan Borneo.

Suda berkata Andi Manira terlebih dahulu bertindak menendang salah satu papan dinding dari dalam rumahnya sebelum orang kampung membuka satu lagi papan berhampira­n.

Menurutnya, usaha menyelamat­kan kedua-dua warga emas itu berhasil selepas orang kampung bertindak nekad menarik mereka berdua keluar untuk naik ke jambatan.

“Dindingr umahitute rpaksa dipecahkan kerana pintu hadapan sudah tidak boleh dibuka, lagipun kedudukan dinding terbabit lebih dekat dengan lokasi jambatan berada,” katanya.

Andi Manira yang ditemui pula berkata kejadian itu berlaku semasa beliau sedang menunaikan Solat Subuh, manakala isterinya pula baharu memakai telekung untuk solat.

Beliau berkata pakaiannya basah ketika ditarik keluar kerana hujan lebat dan tidak ada harta benda ataupun dokumen yang sempat dikeluarka­n ketika kejadian berlaku.

“Saya terpaksa menendang salah satu dinding rumah kerana tidak boleh berdiri,” katanya, yang sudah tiga tahun menggunaka­n alat bantu tongkat besi untuk berdiri dan berjalan.

Bagaimanap­un, beliau bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu bersama isterinya, dan berharap akan menerima bantuan tempat tinggal daripada pihak berwajib.

“Sekarang saya terpaksa tinggal menumpang di rumah jiran sahaja,” katanya sambil mendedahka­n beliau dan isteri hanya tinggal berdua kerana tidak mempunyai anak.

 ??  ?? BUCU rumah Andi Manira tersangkut di jambatan selepas roboh akibat tergelinci­r dari tiang-tiang asalnya.
BUCU rumah Andi Manira tersangkut di jambatan selepas roboh akibat tergelinci­r dari tiang-tiang asalnya.
 ??  ?? ORANG kampung terpaksa merobohkan jambatan dan membongkar rumah Andi Manira kerana faktor keselamata­n dan bimbang kejadian tidak diingini berlaku.
ORANG kampung terpaksa merobohkan jambatan dan membongkar rumah Andi Manira kerana faktor keselamata­n dan bimbang kejadian tidak diingini berlaku.
 ??  ?? ANDI Manira (kiri), Suhera (kanan), Suda (dua kanan) dan seorang pemuda kampung berkumpul di kaki lima jiran mereka semasa ditemurama­h Utusan Borneo.
ANDI Manira (kiri), Suhera (kanan), Suda (dua kanan) dan seorang pemuda kampung berkumpul di kaki lima jiran mereka semasa ditemurama­h Utusan Borneo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia