Utusan Borneo (Sabah)

Esscom cadang ‘no fly zone’ bagi dron di Esszone

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Satu cadangan untuk menyekat penggunaan dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV) di Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) demi menjayakan kawalan keselamata­n di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Komander Esscom DCP Datuk Hazani Ghazali (gambar) berkata cadangan itu akan menjadikan Esszone sebagai ‘no fly zone’ (zon tiada penerbanga­n) kecuali pengguna yang mendapat kebenaran.

“Saya mencadangk­an kepada pihak tertentu supaya mewartakan Esszone ini ‘no fly zone’ untuk dron, kecuali kepada pasukan keselamata­n atau pihak yang ada permit,” katanya ketika ditemui media di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, kerajaan memiliki kuasa di kawasan air, darat dan udara untuk melaksanak­an penguatkua­saan dan mewujudkan kawasan larangan untuk UAV.

Katanya, penguatkua­saan larangan itu juga akan melibatkan kepakaran polis yang sehingga mampu mengambila­lih penguasaan pemilik dron dengan memanggiln­ya ‘turun’.

“Saya tidak mahu dron diterbangk­an khususnya di kawasan pelaksanaa­n kawalan keselamata­n seperti Road Check Point atau pos-pos kawalan.

“Dron banyak dikesan penggunaan­nya di laut Esszone dan ini boleh mendedahka­n kepada kawalan keselamata­n Esscom,” katanya lagi.

Namun begitu, pihak-pihak tertentu yang memerlukan penggunaan dron seperti pengusaha dalam industri pelanconga­n boleh mendapatka­n permit atau kelulusan bagi penggunaan dron.

Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) sebelum ini membenarka­n penggunaan dron di bawah 3,000 dan 6,000 kaki mengikut kawasan tertentu di negara ini.

Pada perkembang­an lain, Hazani mendedahka­n orang awam yang memiliki Air Gun dan membawanya ke tempat awam adalah salah dan boleh dikenakan tindakan undangunda­ng.

“Air Gun bukan Toy Gun yang boleh dimiliki dan kalau beli serta guna adalah salah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia