Utusan Borneo (Sabah)

Sains bongkar perbuatan curi air di Seremban dan Pajam

-

SEREMBAN: Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) membongkar perbuatan mencuri air di dua buah premis di kawasan Seremban dan Pajam, Selasa lepas.

Ketua Bahagian Perhubunga­n Awam Sains, Norzita Ismail berkata dalam serbuan pertama pada pukul 10.30 pagi di sebuah tapak pembinaan rumah kedai dua tingkat di Pajam, mendapati kontraktor pembinaan projek itu telah melakukan penyambung­an tidak sah, menggunaka­n paip jenis ‘Unplastici­zed Polyvinyl Chloride (UPVC)’ bersaiz 20mm.

“Melalui semakan kita, penghu nipremisdi­da patitidak pernah mempunyai sebarang akaun berdaftar dengan Sains. Siasatan tapak juga mendapati penyambung­an tidak sah dibuat secara terus tanpa melalui sebarang meter dengan melalui dua sambungan penggunaan air iaitu untuk membancuh simen serta kegunaan para pekerja binaan yang tinggal di premis tersebut.

Melalui pemerhatia­n, projek pembinaan itu dianggarka­n telah siap hampir 70 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Katanya serbuan kedua pula yang dijalankan ke atas sebuah kedai menjual kereta terpakai di bandar Seremban mendapati penghuni premis telah melakukan sambungan tidak sah melalui meter yang tidak berdaftar dengan Sains.

Katanya bekalan air yang diperoleh dipercayai telah digunakan untuk kegunaan harian penghuni premis, disamping penggunaan di tandas dan operasi harian mencuci kenderaan yang ingin dijual di premis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia