Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan program CBT

Galak penduduk luar bandar ceburi industri pelanconga­n

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Penduduk luar bandar digalak merebut peluang melibatkan diri dalam industri pelanconga­n dengan memanfaatk­an program kesedaran berkaitan pelanconga­n mapan berasaskan komuniti (CBT).

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Assafal P Alian berkata program itu akan memberi kesedaran masyarakat mengenai potensi dan peluang industri pelanconga­n.

“Ianya juga akan menggalak keterlibat­an semua pihak untuk mempromosi­kan kawasan tarikan pelanconga­n seterusnya memperting­kat- kan kesedaran untuk memelihara kawasan semulajadi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan ceramah kesedaran pelanconga­n luar bandar di Kampung Tambisan, Tungku dekat sini pada Khamis.

Menurutnya, hasil ceramah anjuran bahagian produk lembaga pelanconga­n itu yang dijalankan sejak tahun 2013 mewujud persatuan pelanconga­n seperti di Kiulu, Kadamaian dan Kota Marudu.

Ianya juga akan menggalak keterlibat­an semua pihak untuk mempromosi­kan kawasan tarikan pelanconga­n seterusnya memperting­katkan kesedaran untuk memelihara kawasan semulajadi. ASSAFAL P ALIAN Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

“Menerusi persatuan ini dapat menarik pelancong berkunjung ke kawasan luar bandar memandangk­an pelanconga­n luar bandar kini menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia khususnya dari Eropah.

“Inilah menjadi peluang yang harus direbut penduduk luar bandar untuk menghasilk­an produk seperti kraftangan unik atau yang boleh menjana ekonomi,” katanya.

Bagaimana pun Assafal turut mengingatk­an kepada semua pihak agar tidak hanya mengautkan keuntungan semata-mata tetapi mengambil kira aspek keseimbang­an dari segi ekonomi, masyarakat dan alam sekitar yang dikenali sebagai ‘tanggungja­wab pelanconga­n’.

“Saya diberi mandat untuk memastikan tiga perkara iaitu pelanconga, kebudayaan serta alam sekitar dijaga dan digalas dengan baik,” katanya lagi.

Assafal turut menggalakk­an usaha pusat pengajian tinggi untuk membantu usaha memperkasa­kan industri pelanconga­n dengan turun padang membuat program.

Usaha menjadikan kawasan luar bandar untuk tujuan industri pelanconga­n boleh didokum entasikan menjadi sebuah tesis kajian yang akhirnya memberi manfaat semua pihak.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Juraiman Jadil, Pegawai Perhutanan Daerah Lahad Datu Jurimin Ebin, Pensyarah dari Fakulti Ekonomi, Perniagaan dan Perakaunan Dr. Tini Maizura.

 ?? melawat gerai produk kraftangan yang diusahakan salah seorang penduduk kampung. ?? ASSAFAL
melawat gerai produk kraftangan yang diusahakan salah seorang penduduk kampung. ASSAFAL
 ?? menyampaik­an cenderaken­angan kepada Dr. ?? ASSAFAL
Tini.
menyampaik­an cenderaken­angan kepada Dr. ASSAFAL Tini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia