Utusan Borneo (Sabah)

NGO dakwa Chow tidak konsisten dalam isu PORR, PIL 1

-

GEORGE TOWN: Persatuan Penduduk Tanjung Bungah (TBRA) pada Jumaat mendakwa Ketua Menteri Chow Kon Yeow tidak konsisten dalam usaha menangani masalah kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang dengan membantah projek Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) dulu tetapi menyokong projek lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL1) sekarang.

Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Bungah (TBRA) R. Meenakshi berkata semasa pemerintah­an kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2002, Chow adalah antara pembangkan­g yang membantah PORR.

Beliau mempersoal­kan kenapa Chow kini menyokong PIL 1 sedangkan jajarannya adalah lebih kurang sama dengan jajaran projek PORR oleh kerajaan BN terdahulu.

“Chow menyokong seruan NGO (badan bukan kerajaan) pada ketika itu untuk membantah projek PORR yang bernilai RM5 bilion, tetapi kini beliau sendiri menyokong PIL 1 yang akan merosakkan alam sekitar,” katanya di sini pada Jumaat.

Beliau berkata Chow sebagai Anggota Parlimen Tanjong dulu pernah berhujah ketika Pameran Kesedaran Orang Awam anjuran DAP Pulau Pinang bahawa PORR bertukar menjadi projek naungan politik kerana keberkesan­an dalam menangani masalah kesesakan lalu lintas di negeri ini amat diragui.

Terdahulu, Meenakshi bersama lebih 50 anggota NGO termasuk bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban T. Jayabalan, bekas ADUN Tanjung Bungah Teh Yee Cheu, bekas Anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang Dr Lim Mah Hui dan Penasihat Chant Group Yan Lee mengadakan demonstras­i aman di hadapan Dewan Undangan Negeri untuk membantah PIL 1.

Sementara itu, Anggota Jawatankua­sa gabungan pertubuhan masyarakat, Penang Forum Khoo Salma Nasution meminta kerajaan negeri supaya mendedahka­n semua pelan dalam PTMP supaya maklumat itu dapat dinilai badan global bebas.

Beliau berkata pemimpin Pakatan Harapan negeri dalam Buku Harapan telah berhasrat untuk mengurangk­an pengguna kereta persendiri­an dalam usaha mengurangk­an penghasila­n karbon di negeri ini.

“Saya ingin tahu adakah PIL 1 dan PTMP boleh mengurangk­an penghasila­n karbon di negeri ini dan melindungi alam sekitar? Harapan kami agar kerajaan negeri dapat menunaikan janji mereka dan menyemak semula PTMP,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia