Utusan Borneo (Sabah)

Doktor bebas tuduhan sebabkan kematian menantu bekas TPM

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat melepas dan membebaska­n seorang doktor perbidanan dan sakit puan (O&G) atas pertuduhan menyebabka­n kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, semasa mendapatka­n rawatan gigi, tiga tahun lepas.

Hakim Zaman Mohd Noor membuat keputusan itu terhadap Dr Ting Teck Chin, 38, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.

“Terdapat percanggah­an keterangan antara pakar bius danpaka rautopsid arisegipun­ca kematian si mati. Pakar bius mengatakan wujud serangan jantung berikutan penggunaan lebihan bius manakala pakar autopsi berpendapa­t kematian disebabkan oleh alahan dengan ubat bius.

“Bagaimanap­un keterangan pakar bius mengatakan ada kemungkina­n si mati meninggal dunia akibat alahan ubat bius walaupun ia sangat jarang berlaku, namun kemungkina­n itu tetap ada. Oleh demikian, tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri,” kata hakim itu.

Dalam pada itu, beliau berkata mangsa, yang juga menantu bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, telah diberikan ubat tahan sakit iaitu ponstan serta dua jenis ubat oleh jururawat bertugas dan Dr Arlena Philips Lee yang juga doktor gigi, memberikan tidak kurang daripada tiga ubat melalui suntikan.

“Prosedur mencabut gigi tidak dihentikan walaupun keadaan pesakit menunjukka­n kesakitan dan tanda-tanda komplikasi,” katanya.

Pada 12 Ogos 2016, Dr Ting yang memberi perkhidmat­an bius secara sambilan di Pusat Pakar Pergigian Imperial, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabka­n kematian Syed Alman Zain, 44, dengan mengetahui bahawa perbuatann­ya itu mungkin menyebabka­n kematian mangsa.

Dr Ting, yang bertugas di Jabatan O&G di Hospital Kuala Lumpur, didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Pakar Pergigian Imperial, Lot 62 & 64, Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfield­s, di sini, antara 6 petang dan 9.05 malam, 1 Jun 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Syed Alman Zain, suami kepada anak sulung Ahmad Zahid, Datuk Nurulhiday­ah, 41, dilaporkan tidak sedarkan diri ketika menjalani rawatan di pusat pakar pergigian itu dan dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya ShukorAbuB akarma nakalaDr Ting diwakili peguam peguam Datuk K. Kumaraendr­an, K. Dev dan Teh See Khoon.

Ketika ditanya adakah pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan mengenai keputusan mahkamah pada Jumaat, Shukor berkata pihaknya akan meneliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan sama ada ingin merayu atau tidak.Bernama

 ??  ?? DR TING (dua, kanan) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas pertuduhan menyebabka­n kematian menantu bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi semasa mendapatka­n rawatan gigi tiga tahun lepas. -Gambar Bernama
DR TING (dua, kanan) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas pertuduhan menyebabka­n kematian menantu bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi semasa mendapatka­n rawatan gigi tiga tahun lepas. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia