Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak ditamatkan serta merta

Syarikat gagal siap projek baiki paip kumbahan najis di Likas

- Oleh JOHN TAMBANAN kanan menunjukka­n lubang besar akibat tanah mendap daripada paip kumbahan najis yang mengalami kerosakan di Likas, pada Jumaat.

KOTA KINABALU: Kerajaan memutuskan untuk menamatkan serta merta kontrak syarikat yang diberi amanah untuk membaik pulih paip kumbahan najis di Likas.

“Kontrak syarikat ini ditamatkan serta merta bermula hari ini,” kata Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Peter Anthony yang mengadakan lawatan mengejut di lokasi paip kumbahan najis yang mengalami kerosakan di Likas, di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, projek bernilai RM3.4 juta itu gagal disiapkan oleh syarikat yang dilantik berkenaan mengikut jadual ditetapkan sehingga menjejaska­n lebih 70,000 penduduk, di sini.

“Kerja-kerja ini (membaik pulih paip kumbahan najis) telah diberikan secara lantikan terus oleh kerajaan terdahulu dan sepatutnya hanya mengambil masa tiga bulan untuk diselesaik­an.

“Bagaimanap­un, hasil pemantauan yang kita jalankan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR), projek ini telah lambat dengan kadar sebanyak 28 peratus,” katanya

Peter berkata, kelewatan syarikat terdahulu yang tidak menyiapkan kerjakerja terbabit mengikut jadual ditetapkan bukan saja berisiko membawa wabak penyakit, malah ianya juga mencemarka­n bandaraya Kota Kinabalu.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan

“Kerja-kerja ini (membaik pulih paip kumbahan najis) telah diberikan secara lantikan terus oleh kerajaan terdahulu dan sepatutnya hanya mengambil masa tiga bulan diselesaik­an” untuk DATUK PETER ANTHONY Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur

melantik kontraktor baharu yang mampu menyelesai­kan permasalah­an itu dan kerjakerja dijangka bermula minggu depan.

“Kerosakan paip kumbahan najis di Likas ini telah mengakibat­kan najis-najis yang sepatutnya dihantar ke pusat rawatan di Inanam tidak dapat dilakukan, ia membabitka­n kira 60 hingga 80 ribu penduduk, daripada Kepayan hingga ke Likas.

“Seperti kita lihat tadi, najis-najis terkeluar akibat kerosakan paip berkenaan, ini sesuatu yang tidak baik dan mencemarka­n Kota Kinabalu yangsering menjadi tumpuan pelancong,” katanya.

 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia