Utusan Borneo (Sabah)

Balai Seni Lukis Sabah sedia bantu jika Tawau mahu buat galeri

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Balai Seni Lukis Sabah( BSLS) sedia memberikan sokongan sekiranya ada pihak yang benar-benar serius mahu mewujudkan Galeri BSLS di Bandar Tawau.

Pengurus BSLS Jennifer F Linggi berkata pihaknya sedia membantu dalam usaha mewujudkan platform untuk mengetenga­hkan karya artisartis seni lukis di daerah ini.

“Selama ini, ramai artis di Tawau tidak ada tempat yang dekat kecuali Kota Kinabalu, namun lokasi ibu negeri dengan daerah ini agak jauh jadi sukar untuk mereka.

“Kita percaya kekuatan sebenar artis-artis seni lukis di sekitar daerah ini akan dapat ditonjolka­n jika platform sedemikian dapat diwujudkan,” katanya di sini pada Khamis.

Jennifer berkata sepanjang temasya Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS), karya dari Tawau dilihat menunjukka­n peningkata­n ketara dan setanding Kota Kinabalu.

Menyentuh temasya KPTNS yang sudah 33 kali diadakan di negeri ini juga, beliau berharap para artis atau pengkarya lebih kritis dalam menghasilk­an mesej karya mereka.

“Kita perlu melihat 100 tahun dari sekarang, karya yang dihasilkan bakal dilihat generasi akan datang, dan mereka akan menilai pemikiran masyarakat kita melalui karyakarya ini.

“Kita mahu pengkarya atau artis seni kita dapat mengha silkankar ya-karyayang lebih matang bukan sekadar idealistik yang memaparkan kecantikan semata-mata,” katanya.

Mengulas lanjut, golongan artis seni lukis disaran menyelitka­n elemen mesej dalam bentuk simbolik yang mampu menimbulka­n pelbagai eksrpresi daripada audien mereka.

Menurutnya, langkah itu bertepatan dengan matlamat KPTNS diperkenal­kan supaya dapat menambah koleksikol­eksi karya seni yang berkualiti untuk pameran BSLS.

“Namun, kita akui ada artis-artis Sabah yang sudah melangkah jauh dari negeri ini mampu memaparkan isuisu sebenar yang berlaku secara kritis dan simbolik,” katanya.

 ??  ?? JENNIFER memberikan penerangan kepada Timbalan Presiden Majlis Presiden Tawau Aftar Nurajat mengenai salah satu karya yang menyertai Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah.
JENNIFER memberikan penerangan kepada Timbalan Presiden Majlis Presiden Tawau Aftar Nurajat mengenai salah satu karya yang menyertai Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia