Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama pemain industri pembinaan, pemangkin utama CITP lebih cekap

- Oleh SADDAM EDRIS kehormat yang hadir merakam gambar kenangan bersama ketika selesai sesi pertama seminar berkenaan.

KOTA KINABALU: Kerjasama antara pemain industri pembinaan amat diperlukan sebagai pemangkin utama Program Transforma­si Industri Pembinaan (CITP) dalam mengubah industri ini menjadi lebih produktif.

Pengurus Besar Bahagian Perniagaan Antarabang­sa, Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia Mohd Zaid Zakaria berkata, ia sekaligus menjadi agenda negara bagi melahirkan pemain yang kompetitif di peringkat global dengan memfokuska­n standard keselamata­n, kualiti dan profesiona­l.

“Apabila pihak berkepenti­ngan utama saling bekerjasam­a, ia akan dapat mencari jalan penyelesai­an kepada isu-isu yang dihadapi industri.

“Sinergi ini akan dapat menjadikan industri pembinaan di Malaysia sangat cekap, produktif dan progresif,” katanya ketika berucap pada Seminar ‘Avoiding Disputes-Lessons from the Past’ di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini pada Jumaat.

Mengenai seminar yang berlangsun­g selama sehari itu, beliau berkata, ia akan menjadi platform kepada pemain industri pembinaan untuk lebih cekap dengan mengambil iktibar dari kesilapan lalu yang bersesuaia­n dengan tema seminar berkenaan.

Katanya, ia juga akan meningkatk­an kerjasama dalam kalangan pemain industri utama untuk saling berkongsi pelbagai idea berkesan dan inovatif dalam memajukan industri pembinaan ke peringkat lebih tinggi.

“Selain itu, seminar ini dapat meningkatk­an pengambila­n keputusan terutamany­a berkaitan keberangka­lian berlakunya pertikaian dalam mana- mana kontrak pembinaan.

“Kami selaku penganjur utama berharap pengetahua­n yang diperoleh dapat membantu mempercepa­t penyelesai­an pertikaian menerusi kaedah alternatif dengan mempertimb­angkan apa sahaja bentuk kontruksi semasa yang bakal dibentangk­an,” katanya.

Sementara itu, CIDB turut menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan sembilan institusi pengajian tinggi seperti UiTM, Universiti Sains Malaysia, Universiti Taylor dan lain- lain.

Zaid berkata, tujuan MoU itu diadakan bagi memberi kebenaran kepada institusi terbabit menggunaka­n laporan undang- undang pembinaan CIDB sebagai rujukan pembelajar­an.

Katanya, melalui kerjasama ini , ia akan memacu kecemerlan­gan sektor pembinaan, selain memperkasa bidang profesiona­l demi meningkatk­an produktivi­ti dan memupuk kesedaran awal untuk mengelakka­n pertikaian pembinaan.

“Kami juga dapat meningkatk­an kualiti pembinaan, meningkatk­an produktivi­ti, mengurangk­an insiden tanpa pembayaran, dan membantu mengelakka­n atau menyelesai­kan pertikaian dengan lebih cekap.

Jika dapat mencapai kesamaan ini, kita dapat mengurangk­an pembaziran masa dan wang mengikut langkah penyelesai­an pertikaian, selain menyelesai­kan projek-projek pembinaan tepat waktunya, mengikut anggaran, serta mencapai kualiti yang dikehendak­i,” katanya.

Semantara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Sabah Datuk Mairin Idang @ Martin ketika menyampaik­an ucaptama pada seminar itu berkata, terdapat beberapa cadangan bagi meminimumk­an risiko pertikaian sesuatu projek pembinaan.

Antaranya ialah, kontraktor terlibat perlu memahami kontrak dengan teliti dan memberi fokus kepada pra pembinaan bagi meletakkan anggaran dan jadual projek yang tepat dan sesuai.

“Seterusnya, menyediaka­n jadual realistik bagi mengelakka­n kelewatan, dan kemudian menyediaka­n laporan harian tepat pada masanya.

“Sekiranya masalah timbul, cuba tangani segera tanpa melengah-lengahkan dan mengetahui secara jelas klausa perselisih­an yang anda hadapi,” katanya.

Tiga panel turut berkongsi pandangan iaitu Pengerusi Jawatankua­sa Teknikal Penerbitan daripada Laporan Undang-undang Pembinaan CIDB (CCLR) 2016 Profesor Sr. Dr. Wan Maimun Wan Abdullah, Jurutera Profesiona­l Ir Harbans Singh, dan Bekas Presiden Royal Institutio­n of Surveyors Malaysia (RISM) Dr. Noushad Ali Naseem Ameer Ali.

 ??  ?? TETAMU
TETAMU
 ??  ?? WAN Maimun ketika berkongsi pandangan mengenai topik seminar berkenaan kepada peserta yang terdiri daripada wakil syarikat industri pembinaan.
WAN Maimun ketika berkongsi pandangan mengenai topik seminar berkenaan kepada peserta yang terdiri daripada wakil syarikat industri pembinaan.
 ??  ?? ZAID (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Mairin pada seminar berkenaan.
ZAID (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Mairin pada seminar berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia