Utusan Borneo (Sabah)

Malindo lakukan penerbanga­n sulung Singapura ke Kota Kinabalu

-

KOTA KINABALU: Penerbanga­n sulung Malindo Air menggunaka­n pesawat Boeing 737NG dari Singapura ke Kota Kinabalu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA) pada 3.25 petang Jumaat.

Syarikat penerbanga­n hibrid pertama Malaysia itu mengambil masa dua jam 25 minit dan akan terbang setiap hari dari KKIA ke Singapura pada 9.15 pagi, manakala dari Singapura ke KKIA pada 12.40 tengah hari.

Harga tambang yang ditawarkan Malindo Air bermulade nganRM249 untuk Kelas Ekonomi dan RM599 bagi Kelas Perniagaan.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datu Rosmadi Datu Sulai bersama-sama pegawai kanan Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) menyambut ketibaan 65 penumpang pertama pesawat berkenaan.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Datu Rosmadi berkata kerajaan negeri melalui Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sangat mengalu-alukan pewujudan penerbanga­n terus dari Singapura ke Kota Kinabalu itu bagi memperting­katkan lagi industri pelanconga­n di negeri ini.

“Walaupun jumlah penumpang pada hari pertama penerbanga­n itu hanya 65 orang, saya yakin ia akan meningkat dari semasa ke semasa dan kami di pihak kementeria­n akan membantu mempromosi­kan penerbanga­n terus itu,” katanya.

Beliau berharap syarikat penerbanga­n berkenaan akan mengadakan lebih banyak penerbanga­n terus ke negeri ini, pada masa akan datang bagi memperkemb­angkan lagi industri pelanconga­n yang sememangny­a sangat penting di Sabah.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia