Utusan Borneo (Sabah)

Bekas gabenor Kenya didakwa rasuah, bazir dana awam

-

NAIROBI: Sebuah mahkamah Kenya kelmarin mendakwa bekas gabenor Nairobi, Evans Kidero, atas tuduhan rasuah dan membazirka­n dana awam, selepas satu tindakan baharu terhadap rasuah umum.

Kidero, yang kalah dalam pilihan raya 2017 kepada pakatan pemerintah, didakwa oleh Mahkamah Jenayah Ekonomi Khas atas tuduhan cuba menipu dan silap pengurusan bagi dana awam, berkaitan dengan transaksi hartanah.

Dia dituduh terlibat dalam kegiatan rasuah yang membawa kepada kerugian 213 juta shilling.

Ahli politik tersebut, yang diberkas pada Rabu lepas, menafikan tuduhan, yang bermula dari tahun 2014 hingga 2016.

Sembilan bekas pegawai yang bertugas dalam pentadbira­nnya turut didakwa.

Kidero dibebaskan dari tahanan kelmarin selepas membayar ikat jamin sebanyak dua juta shillings. Perbicaraa­nnya dijangka akan bermula pada September.

Sejumlah pegawai awam yang bertambah telah berdepan dengan tindakan polis atau dipecat dalam tempoh beberapa bulan ini di Kenya, sebuah negara dengan ekonomi yang dinamik namun dilemahkan oleh satu budaya rasuah dan penyelewen­gan yang Presiden Uhuru Kenyatta telah berjanji untuk membantera­snya.

Walau bagaimanap­un, ia merupakan satu panggilan yang kerap diulangi oleh beberapa presiden dengan sedikit hasil.

Kenya berada di tangga ke-143 daripada 180 negara dalam laporan tahunan rasuah oleh Transparen­cy Internatio­nal. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? KIDERO (tengah) tiba di mahkamah untuk berdepan tuduhan berkaitan dengan kes rasuah di Mahkamah Mililani di Nairobi, Kenya kelmarin. — Gambar Reuters
KIDERO (tengah) tiba di mahkamah untuk berdepan tuduhan berkaitan dengan kes rasuah di Mahkamah Mililani di Nairobi, Kenya kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia