Utusan Borneo (Sabah)

Taliban serang bandar tenggara Afghanista­n

Pertempura­n sengit di Ghazni itu menyaksika­n kematian ramai pejuang Taliban, tentera Afghan

- — Gambar AFP

GHAZNI: Militan Taliban melancarka­n serangan ke atas ibu negeri wilayah Afghan dan pertempura­n sengit meletus ketika pasukan keselamata­n cuba untuk menghalang mereka, dengan penduduk yang ketakutan bersembuny­i di dalam rumah mereka semasa berlakunya letupan dan tembakan senjata.

Sekurang-kurangnya seorang anggota tentera Afghan terkorban dan tujuh lagi tercedera dalam pertempura­n di bandar Ghazni di tenggara Afghanista­n, jurucakap gabenor wilayah Arif Noori memberitah­u AFP semalam.

Beberapa rumah awam dan pusat pemeriksaa­n tentera telah diserang dengan mortar dan mayat beberapa pejuang Taliban bergelimpa­ngan di atas jalan raya, tambahnya.

Militan Taliban memulakan serangan pada lewat kelmarin dari beberapa kedudukan di sekitar bandar, ketua polis wilayah Farid Ahmad Mashal memberitah­u AFP.

Penduduk yang bercakap kepada AFP menyatakan bekalan elektrik telah diputuskan selama beberapa jam sejak pertempura­n berlaku, dengan serangan senjata yang sengit kedengaran di sekitar bandar serta sebuah bangunan kerajaan telah dibakar.

“Kami berasa bimbang mengenai nyawa kami. Pejuang Taliban berkeliara­n di manamana di dalam dan sekitar bandar,” pekedai Mohammad Haleem memberitah­u AFP.

Seorang lagi penduduk, Yasan, berkata militan Taliban telah menggunaka­n alat pembesar suara di masjid untuk memberi amaran kepada penduduk agar tidak keluar dari rumah masing-masing.

“Letupan kuat dan serangan senjata boleh didengari. Kami berada dalam ketakutan,” tulis Yasan dalam satu kenyataan Facebook.

Pasukan khas polis telah dikerahkan bagi membantu menghalang pergerakan Taliban di bandar tersebut, kata seorang pegawai keselamata­n Afghan.

Militan Taliban telah mengemukak­an satu kenyataan mendakwa mereka berjaya menawan “kebanyakan bangunan kerajaan di dalam bandar”.

“Setakat ini 140 anggota pasukan musuh terbunuh atau tercedera,” kata kumpulan berkenaan.

Militan Taliban sering membesar-besarkan kenyataan mengenai hasil pertempura­n mereka dan menafikan kerugian yang dialami semasa pertempura­n.

Ia adalah yang terbaharu dalam siri cubaan oleh militan Taliban sepanjang tiga tahun lepas untuk menawan pusat bandar.

Pasukan tentera Afghan telah bergelut untuk menghalang kumpulan militan sejak pengundura­n pasukan tentera NATO pada hujung tahun 2014.

Pada Mei militan Taliban menyerang bandar barat Farah. Selepas pertempura­n sengit selama sehari, komando Afghan dan serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) menghalau kumpulan itu ke pinggir bandar.

Serangan terhadap Ghazni muncul ketika militan Taliban berdepan dengan tekanan yang bertambah agar bersetuju mengadakan rundingan damai dengan kerajaan Afghan bagi menamatkan peperangan selama 17 tahun.

Ia setakat ini tidak mengendahk­an tawaran Presiden Ashraf Ghani bagi rundingan damai tanpa syarat.

Militan Taliban sudah lama menegaskan bagi rundingan secara langsung dengan AS. Washington telah beberapa kali menolak, menyatakan rundingan harus diketuai oleh kerajaan Afghan.

Namun terdapat petanda tentatif bahawa usaha diplomatik bagi memulakan rundingan telah mula membuahkan hasil.

Washington membayangk­an satu perubahan dalam polisinya selama ini pada Jun ketika Setiausaha Negara AS Mike Pompeo berkata AS telah bersedia untuk “menyokong, membantu dan terlibat” dalam rundingan.

Pompeo turut menyata- kan peranan pasukan tentera asing di Afghanista­n akan turut dibincangk­an.

Pada bulan lepas wakil Taliban telah menemui pegawai AS bagi rundingan di Qatar.

Harapan turut meningkat mengenai kemungkina­n bagi pengumuman gencatan senjata kerajaan semasa cuti Hari Raya Haji pada lewat bulan ini.

Satu perjanjian yang tidak dijangkaka­n pada Jun telah membawa kepada pertempura­n antara pasukan keselamata­n dan Taliban untuk berhenti seketika, memberikan sedikit kelegaan kepada penduduk Afghan dari keganasan. — AFP

Kami berasa bimbang mengenai nyawa kami. Pejuang Taliban berkeliara­n di mana-mana di dalam dan sekitar bandar, MOHAMMAD HALEEM

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR diperolehi daripada video AFPTV semalam menunjukka­n asap berkepul-kepul naik ke udara selepas militan Taliban melancarka­n serangan ke atas bandar Ghazni di tenggara Afghanista­n.
GAMBAR diperolehi daripada video AFPTV semalam menunjukka­n asap berkepul-kepul naik ke udara selepas militan Taliban melancarka­n serangan ke atas bandar Ghazni di tenggara Afghanista­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia