Utusan Borneo (Sabah)

Serangan ke atas bas bunuh 29 kanak-kanak

Insiden berlaku sewaktu perikatan pimpinan Arab Saudi sasar pemberonta­k Huthi di utara Yaman

-

SANAA: Satu serangan ke atas sebuah bas di sebuah pasar di utara Yaman yang dikuasai pemberonta­k mengorbank­an sekurang-kurangnya 29 kanak-kanak kelmarin, kata Persatuan Palang Merah, manakala perikatan pimpinan Arab Saudi berdepan dengan bantahan yang semakin meningkat ekoran serangan itu.

Perikatan itu berkata ia melancarka­n satu “tindakan ketenteraa­n yang sah” apabila mereka menyasari sebuah bas sebagai tindak balas kepada satu serangan misil berbahaya ke atas Arab Saudi pada Rabu lepas oleh puak pemberonta­k Huthi.

Jurucakap perikatan Turki al-Maliki memberitah­u AFP dakwaan oleh organisasi bantuan bahawa kanak-kanak berada dalam bas berkenaan adalah “mengeliruk­an”, dan menambah bas itu membawa “askar tempur Huthi”.

Jawatankua­sa Palang Merah Antarabang­sa (ICRC) berkata serangan itu terkena sebuah bas yang penuh dengan kanakkanak di pasar Dahyan dalam kubu kuat Huthi di Saada.

“Sebuah hospital yang disokong oleh pasukan kami di Yaman menerima mayat 29 kanak-kanak di bawah usia 15 tahun selain 48 orang yang cedera, termasuk 30 kanakkanak,” kata ICRC dalam Twitter.

Seorang jurucakap Palang Merah di Sanaa memberitah­u AFP, bilangan mangsa yang maut atau cedera dalam serangan itu belum muktamad kerana mereka dibawa ke beberapa hospital.

TV Al-Masirah milik puak Huthi, yang memetik kementeria­n kesihatan pemberonta­k, melaporkan 50 orang terbunuh dan 77 lagi cedera, “kebanyakan­nya kanak-kanak”, tetapi bilangan itu tidak dapat disahkan.

Badan kebajikan ‘Save the Children’, yang memetik kakitangan­nya, berkata pada waktu serangan, kanak-kanak berkenaan sedang menaiki bas untuk kembali ke sekolah “dari satu perkelahan apabila pemandu berhenti untuk mendapatka­n minuman”.

“‘Save the Children’ mengecam serangan yang dahsyat ini dan menuntut siasatan yang penuh, segera dan bebas ke atas kejadian ini dan serangan lain baru-baru ini ke atas orang awam dan infrastruk­tur awam,” katanya.

Ketua Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) dan Jabatan Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menuntut siasatan dijalankan ke atas serangan itu.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menggesa siasatan yang “bebas dan cepat” manakala jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert berkata AS “menyeru kepada perikatan pimpinan Saudi untuk menjalanka­n siasatan terperinci dan telus ke atas insiden itu”.

“Kami menyeru kepada pihak-pihak terbabit untuk mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi orang awam,” kata Nauert.

Geert Cappelaere, pengarah wilayah Tabung Kanak-Kanak PBB di Timur Tengah dan Afrika Utara, berkata kanakkanak berkenaan “dilaporkan berusia bawah 15 tahun”.

“Adakah dunia benar-benar memerlukan lebih banyak nyawa kanak-kanak tidak berdosa untuk menghentik­an peperangan yang kejam ke atas kanak-kanak di Yaman?”

Kumpulan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) berkata “orang awam terus membayar harga tertinggi selepas peperangan selama tiga tahun di Yaman, ribuan daripada mereka sudah terbunuh, ce-dera atau dicacatkan”.

Rakaman yang diberikan oleh Pusat Media Ansarullah milik pemberonta­k menunjukka­n beberapa kanak-kanak cedera yang baring berpasanga­n di atas sebuah katil di hospital, manakala dalam satu gambar berasingan, ahli medik merawat mangsa dalam sebuah bilik yang sesak.

Perikatan, yang turut merangkumi Emiriah Arab Bersatu (UAE), campur tangan pada 2015 untuk cuba memulihkan kerajaan yang diiktiraf oleh masyarakat antarabang­sa selepas pemberonta­k mengusirny­a dari ibu negara Sanaa.

Maliki, jurucakap perikatan, mengesahka­n serangan itu terkena sebuah bas, dan memberitah­u AFP “anasir di dalam bas itu adalah askar tempur Huthi”.

Dia berkata pemberonta­k memiliki “misil balistik yang mengancam keselamata­n negara kami, bandar dan kampung Saudi di sempadan. Serangan pada hari ini merupakan satu proses susulan untuk meneutralk­an ancaman itu”.

Terdahulu Maliki me-nuduh puak Huthi “merekrut askar kanak-kanak, melontar mereka ke dalam medan perang dan menggunaka­n mereka sebagai alat”.

Arab Saudi menembak jatuh satu misil yang dilepaskan oleh puak Huthi pada Rabu lepas, dan serpihan membunuh seorang lelaki Yaman dan mencederak­an 11 lagi, kata perikatan.

Misil itu dilepaskan dari wilayah Amran yang dikuasai pemberonta­k di Yaman ke arah bandar Jizan di Arab Saudi, kata perikatan.

Sejak beberapa bulan lalu, puak Huthi telah memperting­katkan serangan misil ke atas Arab Saudi, yang menurut Riyadh biasanya dipintasny­a.

Serangan pada Rabu lepas menjadikan jumlah misil pemberonta­k yang dilancarka­n sejak 2015 sebanyak 167, menurut perikatan, yang pada tahun itu menyertai usaha kerajaan Yaman untuk menentang puak pemberonta­k Huthi.

Pada 2 Ogos lalu, serangan ke atas sebuah hospital dan sebuah pasar ikan di kota pelabuhan strategik yang dikuasai pemberonta­k, Hodeida, mengorbank­an sekurang-kurangnya 55 orang awam dan mencederak­an 170 lagi, menurut ICRC.

Perikatan menafikan bertanggun­gjawab bagi serangan tersebut. — AFP

“Serangan itu terkena sebuah bas yang penuh dengan kanak-kanak di pasar Dahyan dalam kubu kuat Huthi di Saada. Sebuah hospital yang disokong oleh pasukan kami di Yaman menerima mayat 29 kanak-kanak di bawah usia 15 tahun selain 48 orang yang cedera, termasuk 30 kanak-kanak. Jawatankua­sa Palang Merah Antarabang­sa

 ?? — Gambar AFP ?? SEORANG kanak-kanak yang cedera parah dikejarkan ke hospital selepas serangan oleh perikatan pimpinan Arab Saudi ke atas sebuah bas di bandar Saada kelmarin.
— Gambar AFP SEORANG kanak-kanak yang cedera parah dikejarkan ke hospital selepas serangan oleh perikatan pimpinan Arab Saudi ke atas sebuah bas di bandar Saada kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? DOKTOR merawat seorang kanak-kanak yang cedera selepas serangan oleh perikatan pimpinan Arab Saudi ke atas sebuah bas di bandar Saada kelmarin.
— Gambar AFP DOKTOR merawat seorang kanak-kanak yang cedera selepas serangan oleh perikatan pimpinan Arab Saudi ke atas sebuah bas di bandar Saada kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia