Utusan Borneo (Sabah)

Diplomat Czech bantu bebas dua rakyat Eropah dari penjara Syria

-

PRAGUE: Dua pekerja kemanusiaa­n termasuk seorang rakyat Jerman mendarat di Prague kelmarin selepas pembebasan mereka dari sebuah penjara Syria yang diuruskan melalui rundingan oleh diplomat Czech, kata seorang menteri.

“Kami baharu sahaja balik dari satu penerbanga­n kemanusiaa­n ke Damsyik di mana kami mengambil dua pekerja sebuah organisasi kemanusiaa­n Jerman yang telah ditahan di kawasan Syria,” timbalan perdana menteri Jan Hamacek memberitah­u wartawan di lapangan terbang Prague.

Beliau menambah bahawa pembebasan telah dirundingk­an oleh kedutaan Czech di Damsyik – satu-satunya misi diplomatik bagi negara anggota Kesatuan Eropah (EU) di negara yang dilanda peperangan itu.

“Selepas ditahan, dua pekerja telah dibawa ke Damsyik... dan dikurung di dalam salah satu penjara paling sukar di Syria,” kata Hamacek.

Namun beliau menambah bahawa pemeriksaa­n perubatan sebelum penerbanga­n menunjukka­n tiada masalah kesihatan yang serius walaupun “penderitaa­n mereka meninggalk­an parut”.

Hamacek, yang bertanggun­gjawab buat sementara waktu bagi hal ehwal asing Czech, berkata rundingan mengenai pembebasan telah mengambil masa selama beberapa minggu namun menolak untuk memberi maklumat mengenai tahanan.

Christoph Israng, seorang duta Jerman ke Prague, berkata kepulangan dua pekerja itu “tidak mungkin berlaku tanpa bantuan segera dan tanpa birokratik daripada rakan-rakan kami.” — AFP

 ??  ?? GAMBAR serahan Agensi Berita Arab Syria (SANA) kelmarin menunjukka­n Menteri Luar Syria Walid al-Muallem (tengah) bertemu dengan Hamacek (kiri) di pejabatnya di Damsyik, Syria. — Gambar AFP
GAMBAR serahan Agensi Berita Arab Syria (SANA) kelmarin menunjukka­n Menteri Luar Syria Walid al-Muallem (tengah) bertemu dengan Hamacek (kiri) di pejabatnya di Damsyik, Syria. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia