Utusan Borneo (Sabah)

Boko Haram bunuh 17 tentera Nigeria

-

KANO: Sekurang-kurangnya 17 anggota tentera Nigeria terkorban dalam serangan Boko Haram yang baharu ke atas sebuah pangkalan tentera di bahagian timur laut negara, sumber tentera memberitah­u AFP kelmarin – serangan ketiga di tiga pangkalan berlainan dalam tempoh kurang dari sebulan.

Pada petang Rabu, beberapa pejuang jihad bersenjata berat yang menaiki beberapa trak telah menyerbu dan merompak senjata serta kenderaan dari sebuah pangkalan tentera di perkampung­an Garunda di Borno State, pusat bagi keganasan Islamis yang berlanjuta­n selama sembilan tahun.

Serangan adalah yang terbaharu dalam siri serangan berdarah Boko Haram ke atas pangkalan tentera di Nigeria, menambahka­n ancaman berterusan yang dilakukan oleh puak Islamis terhadap wilayah dan memberikan tumpuan kepada dakwaan kerajaan Nigeria bahawa Boko Haram “telah dimusnahka­n”.

“Pasukan tentera kami diserang oleh pengganas Boko Haram di Garunda pada malam semalam,” kata seorang pegawai tentera.

“Malangnya kami telah kehilangan 17 anggota tentera, 14 lagi tercedera sementara satu jumlah yang belum dapat dipastikan masih belum diketahui keadaan mereka,” menurut sumber tentera, yang meminta agar tidak dikenal pasti kerana dia tidak mempunyai kebenaran untuk bercakap tentang insiden tersebut.

Sumber menambah bahawa militan telah mencuri senjata dan kenderaan sebelum melarikan diri.

Pada bulan lepas, pejuang jihad Boko Haram melancarka­n dua lagi serangan utama ke atas pangkalan tentera di wilayah timur laut yang terpencil.

Pada 14 Julai, pejuang jihad disyaki sebagai setia kepada Abu Mus’ab Al-Barnawi, yang bergabung dengan kumpulan Negara Islam (IS), menyerang sebuah pangkalan di perkampung­an Jili, di negeri berhampira­n Yobe.

Beberapa anggota tentera terkorban, tercedera atau hilang, menurut beberapa sumber keselamata­n.

Pihak tentera mengaku pangkalan itu telah diserang namun tidak memberikan angka kematian, menyatakan bahawa “pasukan tentera telah disusun dan berjaya membalas serangan dan seperti biasa telah kembali semula ke kawasan tersebut.”

Pada 26 Julai, puak Islamis menyerbu sebuah pangkalan di luar kawasan Maiduguri, bandar utama bagi negeri Borno.

Pangkalan yang diserang kelmarin di perkampung­an Garunda di wilayah Borno adalah baharu disediakan bagi pasukan tentera dari briged 81 yang ditempatka­n di perkampung­an Jili dan terpaksa berpindah selepas serangan 14 Julai.

“Perkara sebenar mengenai keadaan tersebut adalah pasukan tentera di Jili telah ditempatka­n semula ke Garunda di mana sebuah pangkalan baharu ditubuhkan,” menurut sumber tentera kedua, yang memberikan angka kematian yang sama.

“Anggota tentera baharu sahaja berada di sana dan pemandu jentolak sedang bekerja untuk memperkuku­hkan pangkalan dengan parit daripada serangan daripada pengganas ketika serangan berlaku,” tambah pegawai tersebut.

Pihak tentera Nigeria tidak memberikan respons kepada permintaan untuk komen.

Agensi Pengurusan Kecemasan Negara (NEMA) di Nigeria kelmarin mengesahka­n dalam satu kenyataan bahawa seorang anggota kakitangan, seorang pemandu jentera penggali yang ditugaskan dengan pihak tentera, “telah dibunuh oleh Boko Haram kelmarin di Damasak, wilayah Borno”.

Boko Haram tidak lagi mengawal beberapa wilayah di timur laut Nigeria seperti yang ia lakukan ketika kemuncak keganasann­ya pada 2014, namun militan Islamis masih memberikan ancaman besar kepada wilayah miskin itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia