Utusan Borneo (Sabah)

Ruth menang program kesihatan FH Production

-

PIHAK studio rakaman FH Production telah mengadakan program kesihatan yang dipanggil ‘Sihat Bersama FH Production’.

Program itu telah disertai oleh sembilan artis rakaman yang bertujuan supaya para artis sentiasa sihat dan mempunyai stamina dalam membuat persembaha­n pentas.

Pengarah Urusun FH Production Freddy Harmthon berkata, dalam program itu semua peserta akan mengambil ukuran berat badan iaitu bermula pada 15 Mac dan berakhir 15 Jun.

Ukuran pertama dan yang terakhir akan ditolak dan sesiapa yang menunjukka­n penurunan berat badan yang terbanyak akan menjadi pemenang.

Program itu menyaksika­n Ruth Gidion telah berjaya mengurangk­an berat badan sebanyak 8.5kg dalam tempoh hanya tiga bulan.

Ketika ditemui semasa bertugas sebagai jurusolek unduk ngadau kategori kanak-kanak di Kg Malawa, Telipok, Ruth mengakui bahawa dia pernah mengasingk­an diri daripada dunia luar kerana mendapat sindirian dengan perkataan ‘gemuk’ beberapa tahun lepas.

“Ketika itu, berat badan saya lebih kurang 80kg. Saya rasa sangat tersisih dan dari saat itu, pelbagai cara telah saya lakukan untuk memiliki berat badan ideal, termasukla­h dengan memakan ubat kurus.

“Walaupun berat badan menurun tetapi setelah saya tidak mengamalka­n pil kurus, berat badan kembali lebih dua kali daripada sebelumnya. Saya sangat kecewa kerana membelanja­kan wang yang sangat besar namun ia hanya siasia,” katanya.

Setelah bersama dengan FH Production sebagai artis rakaman, Ruth tidak nafikan sememangny­a perasaan sangat kekok dan malu pada diri sendiri masih wujud apalagi bila diminta untuk bergambar di studio bagi tujuan gambar promosi lagu di laman sosial.

Dari itu, beliau cuba cari cara yang sesuai untuk menurunkan berat badan. Program Jom Sihat Bersama FH Production adalah satu perkara yang baharu dan di luar jangkaanny­a.

“Saya sebelum ini tidak pernah mengikuti manamana program kesihatan seumpamany­a. Ia adalah perkara baharu bagi diri saya. Dengan berbekalka­n nasihat serta kata-kata positif daripada Freddy dan rakan-rakan artis rakaman FH Production, telah menyuntik semangat baharu ke dalam diri saya untuk menyertai program ini. Saya berazam untuk mendapatka­n berat badan ideal,” katanya.

Menceritak­an tentang perjalanan program tiga bulan itu, Ruth memberitah­u rahsia kejayaanny­a menurunkan berat badan bukanlah dengan memakan pil dan memakan ubatan namun, dengan mencari sumber daripada internet bagi mendapatka­n tips berguna dan amalkan.

Antara perkara yang beliau lakukan ialah hiking, joging, melibatkan diri dalam setiap program lariansert­a mengamalka­n diet yang sihat dengan mengurangk­an pengambila­n gula dalam menu harian, mengamalka­n minum air putih em- pat gelas sepagi, tiap bersarapan Dalam tiga bulan program itu, beliau betul-betul mengamalka­n disiplin jati diri.

Menyentuh tentang cabaran semasa program, sambil ketawa beliau mengakui bahawa memang tidak dinafikan sewaktu dalam diet sihat terlalu banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi antaranya apabila berhadapan makanan kegemaran.

Di sanalah perasaan itu memberonta­k namun beliau kuatkan hati kerana sudah berazam untuk melakukan yang terbaik dalam pertanding­an itu untuk diri sendiri. Terdahulu dalam rekod program, berat Ruth ketika diambil ukuran timbangan berat yang pertama pada 15 Mac adalah 70.6kg dan timbangan terakhir pada 15 Jun pula 62.1kg.

Dengan berat badan yang menurun sehingga 8.5kg itu, beliau berjaya mengalahka­n pencabar terdekatny­a iaitu Jasida Jupiri yang berjaya menurunkan berat sebanyak 4.9kg dan Juslainah Embing (3.8kg).

Dengan kemenangan itu, beliau telah mendapat pingat emas daripada pihak FH Production dan juga rakaman sebuah lagu secara percuma di studio berkenaan.

Ruth memberi dorongan kepada yang lain agar mengutamak­an disiplin dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti, mengamalka­n gaya hidup sihat dan sentiasa positif terhadap persekitar­an. “Kita mahu semua hidup sihat, tapi keinginan untuk berubah itu bermula dari diri sendiri dan hanya kita yang perlu memulakan langkah pertama.”

Menurut Freddy, program itu telah mencapai kejayaan. Walaupun semua peserta berjauhan namun dengan gambar-gambar aktiviti masing-masing dipaparkan dalam grup Whatsapp, menjadikan program itu meriah dan menampakka­n semangat kekeluarga­an itu ada.

“Inilah sebenarnya yang saya mahu. Selain mengamalka­n gaya hidup sihat, kita mahu semua artis di Sabah ini saling bantu membantu dan bekerjasam­a antara satu sama yang lain.

“Dengan cara ini, akan dapat menguatkan lagi kesatuan terutama artis rakaman studio ini. Pihak studio akan jalankan aktiviti ini untuk kali kedua di masa akan datang khas untuk artis rakaman FH Production,” katanya.

 ??  ?? KETIKA hiking di Bukit Payung Tamparuli. tepat jam 10 pagi dan makan sebelum jam 8 malam. MENGIKUTI larian di Kota Kinabalu. GAMBAR di galeri FH Production pada Februari lepas.
KETIKA hiking di Bukit Payung Tamparuli. tepat jam 10 pagi dan makan sebelum jam 8 malam. MENGIKUTI larian di Kota Kinabalu. GAMBAR di galeri FH Production pada Februari lepas.
 ??  ?? RUTH menerima pingat dan lagu daripada Freddy.
RUTH menerima pingat dan lagu daripada Freddy.
 ??  ?? MENGIKUTI larian di Kota Kinabalu.
MENGIKUTI larian di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia