Utusan Borneo (Sabah)

Sabah perlu iringan sokongan padu penyokong

Layani kunjungan PKNP FC untuk perlawan kedua Piala Malaysia di Stadium Likas malam ini

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

“Saya harap pemain akan menunjukka­n persembaha­n, kesungguha­n, komitmen dan semangat sama apabila berdepan dengan PKNP FC terutama dengan adanya sokongan padu ” daripada penyokong. DATUK JUIL NUATIM Pengurus pasukan Sabah

KOTA KINABALU: Pengurus Pasukan Datuk Juil Nuati m mengajak penyokong membanjiri Stadium Likas untuk membantu pasukan mengharung­i cabaran Piala Malaysia menentang Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) malam ini.

Beliau berkata, sokongan padu penyokong adalah apa yang diperlukan pasukan sebagai pelengkap persembaha­n baik yang mahu dikekalkan sebagaiman­a ketika perlawanan pertama menentang Pahang di tempat lawan, Sabtu lalu.

“Kita main bagus ketika menentang Pahang. Pemain bermain dengan baik...jika ada sedikit nasib lagi, kita mungkin dapat bawa balik tiga mata penuh dari Kuantan. Apapun kami gembira balik dengan satu mata.

“Saya harap pemain akan menunjukka­n persembaha­n, kesungguha­n, komitmen dan semangat sama apabila berdepan dengan PKNP FC terutama dengan adanya sokongan padu daripada penyokong ,” kata Juil ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Katanya, selepas hanya membawa balik satu mata dari perlawanan pertama, tiga mata penuh adalah apa yang Sabah perlukan dari perlawanan hari ini walaupun ia bukan tugas mudah untuk mencapainy­a.

“PKNP bukan lawan yang mudah. Kemenangan 3-0 ke atas Selangor di tempat lawan pada perlawanan pertama menunjukka­n mereka adalah pasukan yang bagus dan mampu mengecewak­an mana-mana pasukan di mana sahaja.

“Saya bercakap seperti ini bukan bermakna kita takut dan akan turun dengan perasaan rendah diri sebaliknya kita akan lawan habis-habisan untuk buktikan bahawa Sabah sudah kembali sebagai pencabar utama dalam persaingan ini,” kata Juil.

Menurutnya, suasana persaingan Piala Malaysia berbeza berbanding persaingan liga di mana ia hanya melibatkan enam perlawanan di peringkat kumpulan.

“Apa yang penting ialah untuk kita bermain dengan cara kita sendiri kerana kita ada kelebihan tersendiri yang saya rasa turut mampu mengecewak­an mana-mana pasukan lain.

“Sebagai pengurus pasukan, saya kena sentiasa positif dan saya fikir pemain juga perlu positif. Kita tidak perlu takut sebaliknya cuba buat pasukan lawan takut dengan kita apa lagi bila kita bermain di gelanggang sendiri,” katanya.

Tanpam erag uikem ampuan barisan jurulatih yang diketuai Jelius Ating membuat percaturan, Juil berkata, kekuatan mental juga penting dalam saingan singkat di peringkat kumpulan itu,.

“Ramai yang mengharapk­an yang terbaik dari pasukan, oleh itu kami kena kuat dari segi mental, bermain sebagai satu pasukan dan cuba yang terbaik untuk menang perlawanan hari ini dan perlawanan-perlawanan seterusnya.

“Tekanan memang sentiasa ada terutama bila kita bermain di gelanggang sendiri tetapi kami mesti cuba bersikap positif dan berikan yang terbaik yang termampu,” katanya.

“Ini adalah penampilan semula Sabah selepas gagal menempatka­n diri dalam persaingan Piala Malaysia enam musim sebelum ini.

“Pasukan perlukan penyokong untuk menjadi pemain ke-12. Marilah bersama-sama pasukan mengharung­i cabaran dalam persaingan yang Sabah belum pernah juarai ini,” kata Juil.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia