Utusan Borneo (Sabah)

Riedzwan wakil negara ke Kejohanan Muaythai Remaja Dunia IFMA 2019 Turki

-

KOTA KINABALU: Atlet muaythai Sabah, Riedzwan Norsyahmie Daud terpilih mewakili Malaysia ke Kejohanan Muaythai Remaja Dunia Persekutua­n Muaythai Amatur Antarabang­sa (IFMA) 2019 Turki.

Pemilihann­ya itu adalah hasil perbincang­an bersama presiden dan naib presiden Persatuan Muaythai Malaysia Ir Nazri Abdul Razak selepas Kejohanan Muaythai Remaja Dunia IFMA 2018 Bangkok pada 2-10 Ogos.

Razak dalam kenyataan akhbarnya berkata, pemilihan Riedzwan adalah berdasarka­n merit dari kelayakann­ya menyertai kejoha nankejohan­an berprestij termasuk Kejohanan Rem aja Dunia IFMA 2018 Bangkok.

Riedzwan adalah antara 12 atlet Sabah dalam kontinjen 21 atlet negara ke Kejohanan Remaja Dunia IFMA Bangkok.

Atlet Sabah ke kejohanan itu terdiri daripada Riedzwan selakum kapten Sabah yang bertandin dalam kategori 51kg 16-17 tahun, Kallens Barthez Jafili (60kg 16-17 tahun), Amirah Syahirah (57kg 16-17 tahun), Shah Aryan Shahzam (45kg 16-17 tahun), Nur Adriana Dania Nazri (48kg 14-15 tahun), Hallary Boy Henry (34kg 10-11 tahun), Danish Readwan (38kg 1213 tahun), Wreyern Chow Kar Wai (36kg 12-13 tahun), Mudzil Qamir Roslan 34kg 1415 tahun), Nurfaiz Iskandar Daud (42kg 12-13 tahun), Daniel Fiediean Maideh (48kg 12-13 tahun) dan Emmabelle Cassandra Eddyvikter (48kg 12-13 tahun).

Keseluruha­nnya Malaysia menang satu emas, satu perak dan tujuh gangsa untuk menduduki tangga ke-15 dalam kalangan 86 nehara yang mengambil bahagian.

“Atlet Sabah juga menyumbang beberapa pingat gangsa termasuk menerusi Riedzwan, Kallens, Wreyern dan Mudzil. Pinat gangsa lain dimenangi atlet Perak, Nur Amisha, Muhammad Joihan (Sarawak) dan Maurien Hii (Sarawak).

“Pingat emas dimenangi atlet Perak Ha Ze Xiang (Perak) manakal Nur Amisha satu lagi pingat perak.

“Ianya tentu pencapaian membanggak­an kerana cabaran pada kejohanan ini sangat tinggi dan atlet-atlet kita bertarung dari bawah,” kata Nazri yang juga pengurus pasukan.

Sambil itu, Malaysia akan menjadi tuan rumah kejohanan itu pada 2020 sebelum beralih ke Perancis pada 2021 manakala Jordan melobi menjadi tuan rumah seterusnya.

 ??  ?? NAZRI (tengah) bersama Riedzwan (kiri) dan Kallens.
NAZRI (tengah) bersama Riedzwan (kiri) dan Kallens.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia