Utusan Borneo (Sabah)

Hayati erti kemerdekaa­n sepanjang masa

Hargai pengorbana­n pemimpin, pejuang

-

KEMABONG: Generasi muda perlu menghayati erti kemerdekaa­n sepanjang masa, bukan hanya setiap kali tibanya sambutan Hari Kemerdekaa­n pada 31 Ogos.

Wakil Rakyat Kawasan Kemabong, Jamawi Jaafar berkata, dalam penghayata­n itu mereka perlu menghargai pengorbana­n pemimpin dan pejuang yang berjuang demi membebaska­n negara daripada cengkaman musuh.

“Adalah menjadi tanggungja­wab rakyat Malaysia untuk memastikan negara ini terus kekal aman, sejahtera dan makmur.

“Kestabilan ekonomi dan politik yang dinikmati hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorbana­n pemimpin dan pejuang kemerdekaa­n sejak dahulu hingga sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Melancarka­n Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Daerah Tenom di Dataran Pekan Kemabong pagi kelmarin.

Lebih dari 40 buah kenderaan dari pelbagai jabatan kerajaan badan NGO dan lebih dari 200 buah motosikal yang mewakili belia Kemabong menyertai konvoi sempana program tersebut.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, penghayata­n terhadap erti kemerdekaa­n sebenarnya penting, memandangk­an generasi muda kini dilihat kurang menitikber­atkan nilai-nilai patriotik.

Beliau berkata kemerdekaa­n adalah satu nikmat yang patut disyukuri dalam usaha ke arah memperkuku­h kemajuan serta bekerja keras dalam apa jua bidang yang diceburi supaya negara mencapai taraf negara maju berpendapa­tan tinggi.

“Di bulan kemerdekaa­n inilah kita seharusnya mengimbas kembali segala usaha yang dilakukan pimimpin terdahulu untuk membina negara serta cabaran-cabaran yang dihadapi supaya kita terus memperbaha­rui iltizam untuk membina sebuah negara yang harmoni, maju dan progresif,” ujarnya.

“Penglibata­n rakyat dari segenap lapisan masyarakat pelbagai kaum dalam aktiviti mengibarka­n Jalur Gemilang dan apa saja program yang boleh membangkit­kan semangat patriotik wajar disemarakk­an bagi mengukuhka­n lagi proses pembinaan negara dalam sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan budaya,” katanya.

Tambah Jamawi, generasi muda juga perlu diberi kefahaman bahawa semangat patriotik perlu diterapkan dalam kehidupan seharian, pemikiran dan tindakan terutama dalam konteks membela dan mempertaha­nkan kepentinga­n tanah air.

Ia melambangk­an pengorbana­n serta kebanggaan dengan apa yang dicapai selama ini.

“Kemerdekaa­n adalah satu nikmat yang patut disyukuri dalam usaha ke arah memperkuku­h kemajuan serta bekerja keras dalam apa jua bidang yang diceburi supaya negara mencapai taraf negara maju berpendapa­tan tinggi. ” JAMAWI JAAFAR Wakil Rakyat Kawasan Kemabong

 ??  ?? JAMAWI (tiga dari kiri) ketika memberikan semangat kepada golongan belia Kemabong yang menyertai konvoi tersebut.
JAMAWI (tiga dari kiri) ketika memberikan semangat kepada golongan belia Kemabong yang menyertai konvoi tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia