Utusan Borneo (Sabah)

PSTL Labuan bantu SK Sungai Bedaun

Bangunkan persekitar­an pembelajar­an berkesan

-

SERAMAI 15 orang anggota TLDM dari Unit Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Labuan telah turun untuk membantu sekolah dalam menyiapkan dan mencantikk­an Taman Herba Permata Islah 2025.

Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun (SKSB), WP abuan berbesar hati dengan program kerjasama ini bagi membantu sekolah dalam membangunk­an persekitar­an pembelajar­an yang berkesan dengan mengutamak­an keberhasil­an murid melalui Pembelajar­an Berasaskan Projek (PBL).

Sekolah itu yang terlibat dengan Program Transforma­si Sekolah 2025 berusaha mencapai hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan yang unggul melalui beberapa usaha termasukla­h melalui komitmen komuniti yang padu.

Semoga kerjasama seperti ini memberi inspirasi kepada agensi dan komuniti lain untuk terus mencari peluang terlibat dengan aktiviti khidmat masyarakat.

Pihak sekolah mengalualu­kan program seperti ini pada masa akan datang.

Guru Besar SK.Sungai Bedaun Dg. Sarifah Hj. A. Mahmod berkata, program seperti ini memberi impak yang positif terhadap pembanguna­n pembelajar­an dan sahsiah murid dalam menerapkan nilai-nilai murni dan semangat patriotik dalam kalangan murid sebagai pengisian bulan kemerdekaa­n.

Menurut PSTL Labuan, Program Jiwa Murni yang diperkenal­kan sejak era peperangan menentang pengganas komunis pada awal tahun 1970-an antara aktiviti khidmat masyarakat yang masih relevan dianjurkan ATM ketika negara sedang mengecapi suasana aman.

Ia bukan sahaja memberi faedah kepada penduduk di lokasi program ini dianjurkan kerana mereka menikmati pelbagai perkhidmat­an secara percuma yang disediakan ATM, malah pada masa sama dapat mengeratka­n hubungan dengan masyarakat setempat.

Pada era penentanga­n pengganas komunis, program Jiwa

Murni diadakan bagi membentuk jalinan kerjasama dengan penduduk tempatan dengan matlamat untuk mewujudkan jalinan rangkaian sumber maklumat bagi membantu mengesan sebarang aktiviti musuh.

Pendekatan itu ternyata berkesan hingga membuatkan pengganas komunis tidak berani membina tempat persembuny­ian berdekatan penempatan penduduk, khususnya di lokasi yang pernah dianjurkan program Jiwa Murni.

Objektif program adalah untuk memupuk semangat kerjasama di antara warga TLDM dan masyarakat sekitar itu sekaligus menjadi platform pendedahan kepada warga TLDM mengenai ‘Military Operation Other Than War’ (MOTTW).

Dalam masa yang sama, program itu juga merupakan salah satu modul TLDM bagi membolehka­n hubungan baik terjalin dengan masyarakat serta kerjasama berterusan

antara kedua-dua pihak. Program kerjasama ini merupakan satu program yang dirancang di antara TLDM bersama dengan pihak sekolah sebagai aktiviti khidmat komuniti dan perkongsia­n pintar antara agensi keselamata­n dengan pihak sekolah.

Program ini juga bertepatan KPI dari pihak TLDM dalam perlaksana­an Program Jiwa Murni sekurang-kurangnya dua kali setahun. Khidmat yang diberikan oleh anggota TLDM ini sangat membantu pihak sekolah memandangk­an warga sekolah agak kurang kemahiran tenaga berkaitan kerja-kerja berat dan ini meringanka­n beban warga sekolah untuk menyediaka­n yang terbaik untuk anakanak muridnya.

Diharapkan kerjasama yang dijalinkan ini akan berterusan dan dapat memberi impak yang positif kepada pihak sekolah dan pihak TLDM dan juga khususnya kepada anak-anak murid SK Sungai Bedaun.

Program seperti ini memberi impak yang positif terhadap pembanguna­n pembelajar­an dan sahsiah murid dalam menerapkan nilai-nilai murni dan semangat patriotik dalam kalangan murid sebagai pengisian bulan kemerdekaa­n. DG. SARIFAH HJ. A. MAHMOD Guru Besar SK.Sungai Bedaun

 ??  ??
 ??  ?? BEBERAPA orang murid sedang menjalanka­n aktiviti pembelajar­an di Taman Herba Permata Islah.
(Gambar kiri) ANGGOTA TLDM bergambar kenangan bersama Guru Penolong Kanan Kokurikulu­m, Mohd Aizam Abdul Rahim (belakang, empat kanan), Ustaz Mohd Satalmizi Ismail dan Pegawai Kadet, Muhammad Faiz Abdul Fatah.
BEBERAPA orang murid sedang menjalanka­n aktiviti pembelajar­an di Taman Herba Permata Islah. (Gambar kiri) ANGGOTA TLDM bergambar kenangan bersama Guru Penolong Kanan Kokurikulu­m, Mohd Aizam Abdul Rahim (belakang, empat kanan), Ustaz Mohd Satalmizi Ismail dan Pegawai Kadet, Muhammad Faiz Abdul Fatah.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada guru-guru yang menjayakan projek tanaman herba SK Sungai Bedaun.
SEBAHAGIAN daripada guru-guru yang menjayakan projek tanaman herba SK Sungai Bedaun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia