Utusan Borneo (Sabah)

“Saya suka cari masalah,” kata Aminuddin Zakaria

-

UTUSAN BORNEO (UB): Boleh ceritakan sedikit latar belakang tuan? Misalnya di mana dilahirkan? AMINUDDIN ZAKARIA

(AZ): Saya lahir di Ipoh, Perak. Saya anak kelima dari enam adik beradik. Ayah saya bekerja sebagai telefonis, dah 20 tahun meninggal dunia. Ibu saya, Halimah Mohd Dayat, seorang suri rumah baru meninggal kira-kira sebulan yang lalu.

Sebenarnya, ayah saya ada empat adik beradik. Apabila pakcik saya Aminuddin Baki (Dato Seri Aminuddin Baki-Tokoh Pendidikan Malaysia) meninggal dunia pada 25 Disember 1965 dalam usia 39 tahun kerana sakit jantung, ada kesepakata­n dalam keluarga, siapa yang dapat anak lelaki terlebih dahulu, hendaklah dia menamakan anaknya Aminuddin.

Bila saya lahir ada 2 Mac 1966, ayah menamakan saya Aminuddin, sempena nama pakcik saya.

UB: Di mana tuan mendapat pendidikan rendah dan menengah?

AZ: Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Cator Avenue Ipoh dari darjah satu hingga enam. Kemudian melanjutka­n di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh, dari tingkatan satu hingga lima. Sekolah itu terletak bersebelah­an saja dengan sekolah rendah.

UB: Bagaimana tuan ke sekolah? Jauhkah jarak sekolah dari rumah? Boleh ceritakan keadaan dahulu?

AZ: Saya dulu orang susah. Ayah saya bekerja sebagai telefonis.Kami memang orang susah. Kadang kadang saya ke sekolah berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Kadang-kadang, ayah yang hantar naik basikal, duduk di palang basikal. Kadangkada­ng saya ke sekolah jalan kaki sejauh 2 kilometer. Saya pernah dikejar anjing sewaktu mahu ke sekolah. Itulah antara pengalaman saya.

UB: Berapa bekal ke sekolah?

AZ: Kalau bercerita bekal ke sekolah, saya bawa bekal dari rumah. Bawa roti dan sebagainya. Ada juga duit bekal 20 sen atau 30 sen. Dulu harga mee sebungkus 15 sen atau 20 sen. Kehidupan kami masa itu susah, memang susah. Masa tu kami tak ada tv. Menonton tv pun di rumah sebelah, rumah orang India. Saya berkawan dengan anaknya, nama Kumaran. Baru jumpa sekali setelah lama terpisah. Kumaran ini akhirnya jadi doktor. UB: Apa pesan ayah yang masih diingati?

AZ: Ayah saya berpesan agar jadilah orang yang jujur. Walaupun tak ada duit, ayah saya tak pernah meminta-minta. Kalau kita dah belajar, kerja, ada duit, apa yang kita dapat gaji itu, itulah kehidupan kita katanya. Jangan melebih lebih. Kita berbelanja setakat kemampuan kita. Apa yang ada itulah yang kita makan.

Walau kehidupan susah, kita tak nak minta sedekah. Kita hidup berdasarka­n kemampuan kita.We live within our means.

UB: Bagaimana pula dengan ibu?

AZ: Ibu saya, dia seorang yang strict, dengan anak enam orang, lima lelaki satu perempuan. Kalau ibu saya tak tegas, tak tahu apa jadi dengan kami.

Kita hendaklah sentiasa jujur, berlaku adil, mesti cakap benar.Kalau kita kedapatan menipu, dia mesti marah.

UB: Apa jenis permainan sewaktu di kampung dahulu?

AZ: Dulu di kampung banyak jenis permainan. Main guli, lastik burung, itu memang permainan anakanak zaman itu.

UB: Selepas Anderson, di mana tuan bersekolah?

AZ: Selepas sekolah menengah di Anderson, saya seorang yang aktif dalam sukan. Saya terpilih sebagai peserta program Bakat Perak. Antara rakan saya ialah Cheah Soon Kit, pemain badminton negara, Ruzihan Zaman, Richard,

Tapi saya tak meneruskan. Pakcik saya Sanusi baki datang mendorong saya masuk universiti.

UB: Kemudian selepas itu, di mana tuan melanjutka­n pelajaran?

AZ: Saya melanjutka­n pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia di Jalan Gurney. Saya terpilih masuk fakulti kejurutera­an. Saya termasuk dalam second batch pengambila­n kedua bagi kejurutera­an kaji terbang.

First batch hanya berselang enam bulan dengan kami.

Saya belajar selama lima tahun hingga lulus Sarjana Muda Kejurutera­an Kaji Terbang.

UB: Masa itu ramai pelajar Melayu bumiputera?

AZ: Ketika awal semester, ada 30 orang semuanya yang mengambil jurusan itu, Sampai pertengaha­n tahun tinggal 15 orang. Bila hujung semester hanya 10 orang saja yang lulus, lima lagi terpaksa mengulang. Antara yang lulus itu, kami tiga orang melayu iaitu Mat Noor Jaafar dari KL dan Adnan Hussin dari Kedah. UB: Sewaktu kecil dahulu,

apa cita-cita tuan?

AZ: Cita-cita saya sebenarnya mahu jadi doktor atau peguam, supaya saya dapat menolong orang. Sewaktu kanak-kanak,saya tak pernah terfikir kerja dalam bidang penerbanga­n.

UB: Selepas lulus Ijazah Kejurutera­an Kaji Terbang, di mana tuan bekerja?

AZ: Bila dah habis belajar tahun 88 itu, ekonomi kita masih merudum. Tak ada kekosongan kerja. Syarikat penerbanga­n masa itu hanya ada MAS, Pelangi Air, TUDM dan persendiri­an. Tak ada kerja. Ada yang ajak masuk syarikat Jepun, jadi jurutera di kilang Jepun. Gaji agak lumayan sekitar 1,500 ke atas.

Tapi saya fikir bila dah belajar bidang penerbanga­n, macam tak kena kerja kilang Jepun.

UB: Jadi apa langkah tuan selanjutny­a?

AZ: Akhirnya saya memohon kerja di MAS, tapi saya tak pakai degree.

Saya guna SPM saya. Masa tu umur saya dah 23. Kebanyakan pelatih berumur 18 hingga 19 tahun.

Saya masuk jadi pelatih kejurutera­an penyelengg­araan berlesen. Saya ikut kursus selama tiga tahun setengah. Praktikal enam bulan di Scotland untuk dapatkan lesen. Gaji pelatih masa tu hanya RM300. Jika dibandingk­an dengan rakan-rakan, jumlahnya agak kecil, tapi kerana dah suka pada bidang penerbanga­n, saya ikuti kursus dalam penerbanga­n. UB: Menarik. Selepas itu, tuan pindah ke mana pula?

AZ: Selepas itu, dari penyelengg­araan saya ditukarkan ke pejabat. Saya orang yang tak pernah berhenti mencuba cabaran baru. Saya sukakan benda baru.

Setiap tiga tahun, saya tukar-tukar kerja. Selama lapan tahun pertama, kerja di MAS saya tukartukar kerja, dari bahagian kejurutera­an, teknikal, perkhidmat­an, jurutera projek, pelbagai jenis kerja saya alami.

Saya suka kerja hand on.

Saya bukan jenis orang yang suka mengarah atau menyuruh.Jika ada sesuatu kerja kita buat sama sama. Kerja bukan fokus duit tapi satisficat­ion.

Saya seorang yang suka ambil masalah. Bila ada masalah, saya berpuas hati jika dapat mencari jalan penyelesai­annya.

UB: Boleh ceritakan apa tugas tuan di MAS?

AZ: Pada 1989 hingga 1992, saya mengikuti latihan sebagai jurutera penyelengg­araan berlesen. Kemudian pada tahun 1992 hingga 1996, saya dipindahka­n di Jabatan Perkhidmat­an Teknikal Mas.

Pada 1996 hingga 1997, saya ditempatka­n di power

plant. Jawatan terakhir saya sebelum berpindah ke GE ialah Jurutera Projek kanan 1997.

UB: Ke mana tuan berpindah selepas itu?

AZ: Seperti yang saya katakan tadi, saya seorang yang suka cari masalah. Saya suka cabaran. Saya tertarik pula untuk mempelajar­i pembuatan enjin pesawat. Saya mahu jadi pakar dalam bidang enjin kapal terbang.

Dengan izin Allah saya mendapat tawaran kerja di General Electric pada tahun 1997 di pejabatnya di Cincinnati, Ohio. Saya kerja dengan GE selama 14 tahun. Jadi jurutera kapal terbang , pernah diamanah untuk menjaga kawasan Malaysia, Brunei, Thailand dan Filipina. Saya nahu jadi

expertise pengeluara­n. Kemudian apabila berlaku tragedi 11 September, masa itu itu saya berada di US. Masa itu orang takut nak terbang. Bisnes penerbanga­n merudum. Bila kapal tak terbang, tak ada orang beli spare part (alat ganti). Pengeluara­n terjejas. Bila orang tak terbang, bermakna pengeluara­n akan terjejas.

Kemudian saya diminta balik ke Malaysia dan bekerja untuk memastikan syarikat syarikat penerbanga­n menerbangk­an pesawat mereka. Saya jadi konsultan enjin, jadi jurujual, tolong mereka ubah fikiran supaya menerbangk­an kapal terbang mereka.

Sebab kalau pesawat tak terbang, orang tak beli alat ganti.

Saya suka masalah. Selama 14 tahun, saya jadi jurutera, khidmat sokongan pelanggan, sumber manusia, kewangan dan jurujual.

Antara tugas saya ialah meyakinkan pemilik syarikat AirAsia untuk menggunaka­n enjin GE. Saya jadi Naib Presiden GE untuk Malaysia, Thailand, Brunei dan Filipina, jual enjin jual spare part alat ganti.

Dalam bidang ini kita bersaing dengan Rolls Royce dan F&W. Ini tiga syarikat pembekal enjin. Saya yakinkan mereka bahawa yang penting sekali ialah kualiti dan bukan harga. Agak sukar juga untuk meyakinkan pembeli. Tapi biarkan sukar, kerja ini

very rewarding, memberikan ganjaran lumayan.

Saya pernah dapat anugerah kerana dapat menjual enjin bernilai USD$ 2 bilion.

Cabaran yang kita hadapi ialah masa.Kalau di sini waktu pagi, di sana waktu malam. Pagi kita berurusan dengan pelanggan atau pembeli, malam kita berurusan dengan ibu pejabat. Kalau di sini 7.00 pagi, di sana sudah 7.00 malam. Waktu kita mahu tertidur, mereka masih bekerja.

Pada tahun 2012, ada perancanga­n untuk kolaborasi antara MAS dan AirAsia. CEO MAS waktu itu, Ahmad Jauhari Yahya. Mereka menawarkan saya untuk kembali semula ke Malaysia sebagai Naib Presiden. Masa itu jawatan saya di GE Aviation adalah sebagai ialah Pengarah Jualan Bagi Kawasan Asia Pasifik.

UB: Berbanding dengan tahun 80-an dan 90-an, bagaimana prospek bidang penerbanga­n ketika ini?

AZ: Sekarang dah terbalik 360 darjah. Kalau dulu tahun 89-an tak ada kerja, kini kita mengalami kekurangan pilot, syarikat penerbanga­n semakin bertambah, kapal terbang makin banyak.Kita kekurangan juruterban­g, jurutera penerbanga­n dan sebagainya. Peluang terbuka luas dalam bidang penerbanga­n.

UB: Akhir sekali kami ucapkan tahniah kepada tuan kerana MASwings Sdn Bhd berjaya mencatat rekod sebagai syarikat penerbanga­n dengan waktu operasi paling lama untuk perkhidmat­an luar bandar dengan lebih 106,000 jam dan bilangan penumpang paling ramai yang dibawa melalui perkhidmat­an luar bandar dengan 1.3 juta dalam tempoh sepuluh tahun. AZ: Terima kasih.

 ??  ?? AMINUDDIN ZAKARIA lahir di Ipoh Perak pada 2 Mac 1966.
Anak kelima dari enam bersaudara ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Cator Avenue Ipoh sebelum melanjutka­n pelajaran di Sekolah Menengah Anderson Ipoh.
Selepas itu, Aminuddin meneruskan pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga lulus Sarjana Muda Kejurutera­an Kaji Terbang (BSc Mechanical/ Aeronautic­al Engineerin­g).
Kerjaya bersama MAS bermula pada tahun 1989 hingga 1997. Selepas itu, beliau meletakkan jawatan sebagai Jurutera Projek Kanan MAS kerana menerima tawaran bertugas di GE Aviation di Amerika Syarikat bermula 1997 hingga 2012.
Beliau mengambil keputusan kembali berbakti di tanah air selepas menerima tawaran MAS sebagai Naib Presiden Kanan, Airline Engineerin­g Group.
Selepas memegang pelbagai jawatan penting, Aminuddin dilantik sebagai CEO MASwings pada November 2016.
AMINUDDIN ZAKARIA lahir di Ipoh Perak pada 2 Mac 1966. Anak kelima dari enam bersaudara ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Cator Avenue Ipoh sebelum melanjutka­n pelajaran di Sekolah Menengah Anderson Ipoh. Selepas itu, Aminuddin meneruskan pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga lulus Sarjana Muda Kejurutera­an Kaji Terbang (BSc Mechanical/ Aeronautic­al Engineerin­g). Kerjaya bersama MAS bermula pada tahun 1989 hingga 1997. Selepas itu, beliau meletakkan jawatan sebagai Jurutera Projek Kanan MAS kerana menerima tawaran bertugas di GE Aviation di Amerika Syarikat bermula 1997 hingga 2012. Beliau mengambil keputusan kembali berbakti di tanah air selepas menerima tawaran MAS sebagai Naib Presiden Kanan, Airline Engineerin­g Group. Selepas memegang pelbagai jawatan penting, Aminuddin dilantik sebagai CEO MASwings pada November 2016.
 ??  ??
 ??  ?? AMINUDDIN bersama anugerah yang beliau perolehi.
AMINUDDIN bersama anugerah yang beliau perolehi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia