Utusan Borneo (Sabah)

Program Pembelajar­an ‘VSchool Trend’ permudahka­n pembelajar­an

-

LABUAN: Program Pembelajar­an ‘VSchool Trend’ merupakan sebuah sistem baharu dalam talian yang berkesan yang boleh memberikan pelajar pembelajar­an pada bila-bila masa dan di mana sahaja untuk memudahkan mereka berinterak­si dengan guru.

Padamas akini,ke banyakan ibu bapa mahukan anakanak mereka mendahului dalam semua aspek terutama pelajaran.

Oleh itu, ibu bapa akan mengaturka­n banyak rancangan dan kursus pembelajar­an untuk memastikan anak-anak mereka cemerlang.

Penyumbang program ini Dato’ Sri Amir Hussien ketika ditemui berkata, Program Pembelajar­an ‘VSchool Trend’ adalah platform pembelajar­an unik yang mengintegr­asikan teknologi ke dalam pembelajar­an pelajar berdasarka­n sukatan pelajaran sekolah.

“Sistem pembelajar­an dalam talian ini juga dilengkapi dengan sistem suara dan kandungan yang terkini.

“Ia bukan sahaja membolehka­n pelajar dari sekolah rendah dan menengah untuk belajar pada bila-bila masa dan di mana sahaja, tetapi juga mengubah pembelajar­an menjadi lebih menarik dan meningkatk­an hasil pembelajar­an mereka,” kata Amir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif DrachenWel­le Engineerin­g.

Menurutnya, Program Pembelajar­an ‘VSchool Trend’ menyokong pelbagai keperluan dari sekolah rendah ke sekolah menengah di mana kandungann­ya berdasarka­n sukatan pelajaran sekolah (KSSR Semakan / CEFR / KSSR / KSSM / KBSM) yang sesuai untuk pelajar UPSR, PT3 & SPM.

Katanya, pihaknya juga turut menyediaka­n ganjaran dari semasa ke semasa untuk pelajar yang rajin dan mencapai keputusan cemerlangd alampen ggunaan Program Pembelajar­an ‘VSchool Trend’ di sekolahsek­olah yang terlibat di Labuan.

“Sejak Januari 2018, beberapa buah sekolah telah menggunaka­n program ini bagi pelajar sekolah-sekolah yang terlibat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bedaun dan SK Sungai Lada di Terminal Sejahtera Perbadanan Labuan, Taman LDA, Kg. Sungai Bedaun, WilayahPer­se kutuanL abuan yang disumbangk­an oleh pihak nya,” katanya lagi.

Amiryan gmerupa kananak jati Labuan terpanggil untuk berbakti kepada masyarakat Labuan dengan tampil untuk memberikan bantuan Program Pembelajar­an ‘VSchool Trend’ ini kepada sekolah yang terpilih di sini.

Program itu pada tahun ini memasuki fasa kedua yang mana enam buah lagi sekolah akan menerima bantuan program tersebut iaitu SK St Anne, SK Pekan 1, SK Pekan 2, SJK (C) Chi Wen, SM St Anthony dan SMK Labuan yang melibatkan kos RM190,700.

Katanya, program itu telah diperkenal­kan di beberapa sekolah tertentu di Semenanjun­g pada tahun lepas dan membolehka­n sejumlah pelajar melakar kecemerlan­gan dalam bidang akademik.-Penerangan Labuan

 ??  ?? AMIR (duduk kiri sekali) merakamkan gambar kenangan bersama para pengamal media Labuan.
AMIR (duduk kiri sekali) merakamkan gambar kenangan bersama para pengamal media Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia